Internet

Pencipta Email, Ray Tomlinson, Meninggal Dunia

Seorang lagenda dalam bidang pengkomputeran telah meninggal dunia. Menurut laporan, Ray Tomlinson telah meninggal dunia akibat sakit jantung Sabtu lalu. Beliau berumur 74 tahun ketika itu.

Ray Tomlinson

Pencipta Email, Ray Tomlinson, Meninggal Dunia

Tomlinson telah menghantar email pertamanya pada tahun 1971; pada ketika itu beliau sedang bekerja di Boston di Bolt, Beranek, and Newman (BBN), sebuah syarikat yang memainn peranan besar dalam pembangunan versi internet terawal, pada ketika itu dipanggil ARPANET. Sebagai seorang staf syarikat tersebut, beliau mencari kemungkinan-kemungkinan aplikasi internet untuk penyelesaian masalah.

Ramai telah mencipta program yang boleh menghantar mesej kepada pengguna lain dan versi awal sesetengah program tersebut membolehkan penghantaran mesej pada komputer yang sama. Tetapi Tomlinson berjaya mencipta arahan SNDMSG. Tidak seperti program sebelumnya, arahan ini membolehkan penghantaran mel kepada komputer pengguna. Ia merupakan program permesejan rangkain pertama.

Beliau mencadangkan simbol @ digunakan untuk menetapkan pengguna dari hosnya. Keputusan ini mengangkat simbol yang hampir tidak dikenali itu menjadi simbol yang dikenali meluas di peringkat antarabangsa. Malah, status simbol itu yang jarang digunakan menjadi sebab utama kepada keputusan Tomlinson memilih simbol tersebut. Pada masa yang sama ia mengelakkan kekeliruan, memandangkan ia hanya digunakan untuk email dan tidak digunakan untuk tujuan lain.

Apa pun, Tomlinson sentiasa akan dikenang oleh dunia perkomputeran sebagai bapa email.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top