Internet

Ranking Internet Dunia Didedahkan

Internet sememangnya satu perkhidmatan yang sangat penting dalam kehidupan sehari-harian masa kini. Untuk itu International Telecommunication Union telah mengeluarkan laporan yang mengklasifikasikan negara dengan internet terpantas sehingga yang paling perlahan untuk tatapan umum.

Internet

Ranking Internet Dunia Didedahkan

Mereka yang berada dalam dunia IT tentu dapat mengagak bahawa Korea Selatan akan menduduki tangga pertama ranking internet terpantas di dunia, mengambilalih ranking itu daripada Denmark yang kini menduduki tempat kedua, diikuti Iceland, UK dan Sweeden. UK naik 6 anak tangga ke tempat keempat dari tempat ke 10 dalam masa 5 tahun.

Australia menduduki tempat ke 13, diikuti Jerman dan USA di belakangnya. Kedudukan paling bawah dihuni oleh Chad, yabe berada di bawah Malawi, Madagascar, Ethiopia dan Eritrea.

Malaysia menduduki tempat ke 64 di bawah St. Kitts & Nevis dan Antigua & Barbuda manakala Singapura menduduki tempat ke 19 di belakang Monaco dan Perancis. Teliti laporan berkenaan di pautan ini (PDF) mukasurat 46.

Laporan berkenaan mengkaji satu Indeks Pembangunan ICT (IDI) berdasarkan kelajuan internet, bilangan pelanggan internet dan peratusan isi rumah yang mempunyai komputer. Mata keseluruhan adalah 10 dan Korea Selatan mendapat mata 8.93.

Ini adalah kerana negara tersebut mempunyai arena e-sukan yang besar di samping pasaran teknologi yang berkembang pesat. Internet berkelajuan tinggi tersedia untuk keseluruhan rakyat negara itu termasuk di kafe siber.

Daripada laporan ini juga didapati kualiti internet di dunia secara keseluruhannya telah meningkat. Berbanding laporan terakhir, iaitu pada 2010, lebih banyak negara mendapat 8 – 9 mata IDI. Sayangnya Malaysia hanya berjaya mengutip 5.90, iaitu penambahnaikan sebanyak 0.95 mata walaupun ia jatuh 3 anak tangga. Anda boleh membaca laporan tersebut melalui pautan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top