WordPress Mengalami Serangan Botnet Yang Besar

WordPress dan 64 juta blognya kini berhadapan serangan botnet dengan kekuatan puluhan ribu komputer. Kini para pengguna platform blogging popular tersebut berisiko tinggi untuk digodam terutamanya mereka yang membiarkan username mereka sebagai “admin” kerana botnet tersebut akan mencuba pelbagai kombinasi kata laluan untuk menggodam laman web pengguna dan seterusnya merosakkannya.

Serangan Botnet

WordPress Mengalami Serangan Botnet Yang Besar

Pengasas WordPress¬†Matt Mullenweg¬†mengeluarkan nasihat kepada pengguna wordpress untuk menukar username jika mereka masih menggunakan username “admin” dan tukarkan kata laluan yang lebih sukar untuk diteka.

Beliau juga menasihati pengguna WP.com untuk menggunakan pengesahan dua-faktor dan sentiasa mengemaskini platfom yang digunakan kepada versi WordPress terbaru.

Beliau melaporkan botnet itu mempunyai lebih 90,000 alamat IP. Jadi, penggunaan teknik IP limiting atau login throttling mungkin tidak berkesan.

Kesimpulannya, jika anda menggunakan “admin” sebagai username, mungkin tiba masanya anda menukarkannya kepada nama yang lebih kreatif dan selamat bagi mengelakkan laman web anda digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Internet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
 
 

Ruangan Perkenalan