Kamera

Pandangan Pertama : Canon PowerShot SX160 IS

Walaupun kebelakangan ini kamera pada telefon pintar telah mengalami kemajuan yang pesat, kamera point and shoot masih lagi menjadi pilihan kerana kebolehan untuk zoom dan kepelbagaian fungsi yang tidak dimiliki pada telefon pintar. Canon PowerShot SX160 IS merupakan sebuah kamera point and shoot yang mempunyai ciri-ciri yang menarik.

Canon PowerShot SX160

Canon PowerShot SX160 IS

Ukuran 111 x 72.5 x 44.1 mm
Berat 291 g
Megapixel 16 megapixels
Saiz skrin 3-inch
Zoom 16x, f3.5 – f5.9
Resolutsi tertinggi (foto/video) 4,608×3,456 pixels/ 1,280×720 at 25fps
Jenis image stabilization Optikal dan digital
Jenis Bateri 2 x Bateri AA
Media simpanan SD/SDHC/SDXC

Ciri yang paling menonjol dalam kamera Canon PowerShot SX160 IS ialah ia mengunakan 2 biji bateri AA. Bateri ini lebih mudah didapati dan murah sekiranya anda kehabisan tenaga bateri. Jika anda menggunakan bateri kamera konvensional, anda memerlukan masa untuk mengecasnya dan harga untuk memiliki bateri ganti adalah mahal. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa kelemahan penggunaan bateri ini pula ia tidak tahan lama.

Dalam satu ujian secara rawak, Canon PowerShot SX160 IS hanya dapat mengambil 80 gambar dan 5 minit 11 saat video, jadi pastikan anda membawa beberapa set bateri sekiranya anda ingin pergi mengambil gambar dalam jangka masa yang panjang. Untuk menjimatkan kos, anda juga mungkin boleh mendapatkan bateri jenis boleh caj (rechargable) yang boleh digunakan berkali-kali.

Selain itu, Canon PowerShot SX160 IS mempunyai ciri-ciri yang menarik. Ia mempunyai susun atur butang yang mudah dan kemas, mempunyai kebolehan mengambil gambar dalam mod manual, apature priority, shutter speed priority dan progam serta zoom optikal sebanyak 16x.

Terdapat juga mod Live di mana anda boleh menetapkan brightness, vividness dan colour temperature dan ia akan menunjukkan perubahan secara masa nyata.

Prestasi Foto

Anda boleh mengambil foto makro sehingga jarak 1cm daripada subjek dengan hasil efek bokeh yang menarik. Pada tahap zoom maksimum juga, hasil gambarnya baik, juga dengan efek bokeh yang jelas.

Walaubagaimanapun, apabila mengambil gambar dengan ISO melebihi 400, noise pada gambar mula kelihatan. Sensitiviti maksimum untuk kamera ini ialah 800 tetapi jika anda ingin meningkatkannya kepada 1600, anda perlu bersedia mengecilkan saiz gambar kepada 4 megapixels. Pada tahap ini gambar akan kelihatan kasar.

Prestasi Video

Untuk sebuah kamera bajet, ia menampilkan ciri-ciri video yang agak baik, sekurang-kurangnya atas kertas. Ia mampu mengambil video 720p pada 25fps dan 640 x 480 pada 30fps, cukup baik jika hasil kerja anda adalah untuk dimuat naik di internet.

Apabila video dimainkan semula, hasilnya kurang berkualiti jika dipaparkan pada skrin penuh di mana terdapat pergerakan pixel pada babak statik dan apabila melakukan panning, gambar tampak agak kurang jelas. Namun untuk berkongsi dalam internet, ia bukan masalah besar.

Namun apa yang sedikit menghampakan ialah bunyi angin yang kuat walaupun telah mengaktifkan fungsi untuk menapis bunyi angin.

Kesimpulan

Gambarnya sedikit kasar tetapi ia hanya menjadi isu jika anda melakukan crop pada foto anda. Isu yang lebih besar ialah kebolehannya mengambil gambar di kawasa kurang cahaya, isu biasa yang biasa dihadapi oleh semua kamera point and shoot. Selain itu, lensanya tajam dan anda mempunyai banyak setting manual untuk membantu anda berlatih sebelum beralih kepada kamera yang lebih professional.

Baterinya kurang stamina, jadi adalah baik jika anda mendapatkan beberapa set bateri yang boleh dicas semula untuk menjimatkan kos dan menyelamatkan alam sekitar.

Memang mudah untuk mengkritik kamera bajet sebegini apabila membandingkan dengan kamera yang 3 kali harganya. Perlu diingat ia hanya berharga RM699 dan dilengkapi 16 megapixel dengan zoom 16x dan kebolehan video 720p, ia memang berbaloi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top