Kamera

DJI dan Hasselblad Bekerjasama Mengeluarkan Dron Fotografi 50MP

Usahasama pertama DJI dengan syarikat pengeluar kamera terkemuka Sweeden Hasselblad sejak DJI membeli saham minority syarikat tersebut akhirnya membuahkan hasil dengan pengeluaran sebuah dron berprestasi tinggi.

DJI dan Hasselblad

DJI dan Hasselblad Bekerjasama Mengeluarkan Dron Fotografi 20MP

Dengan menggabungkan dron professional 6 rotor Matrice 600 dari DJI dengan dengan kamera udara Hasselblad A5D, pengguna berupaya mengambil gambar pegun dari udara yang kaya dengan perincian hasil penggunaan sensor 50MP format pertengahan (sensor dua kali ganda saiz sensor dalam kamera DSLR terbaik seperti Nikon D810), yang diambil dari kamera tanpa cermin X1D yang baru dilancarkan.

Kamera A5D mengetengahkan lensa 50mm f/3.5 yang diadaptasi yang disetkan pada fokus infiniti, jadi fokus bukan satu masalah apabila pengguna mengambil gambar dari udara. Sementara itu, bahagian dron Matrice 600 mempunyai kapasiti mengangkut sehingga 6KG, membolehkan ia membawa peralatan kamera termasik kamera A5D dengan gimbal Ronin-MX dengan mudah sekali.

Dron tersebut juga dilengkapi 6 bateri pintar, sistem kawalan penerbangan A3, sistem transmisi Lightbridge 2 Professional HD, sistem dorongan kalis habuk dan aplikasi kawalan yang berkuasa.

Harga dan butiran pemasaran masih belum dimuktamadkan, tetapi Matrice 600 dan Ronin-MX mempunyai harga jualan setinggi USD5999. Jelas sekali dron DJI dan Hasselblad ini direka khas untuk pengguna professional, atau organisasi yang membuat kerja topografi seperti Jabatan Ukur Tanah dan sebagainya, bukan untuk konsumber biasa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top