Kamera

DJI Mavic Pro: Dron Boleh Lipat Bersaiz Kecil

Setelah GoPro melancarkan dron Karma, tiba masanya DJI pula memperkenalkan dron terbaharunya, DJI Mavic Pro, iaitu sebuah dron kecil yang boleh dilipat dan dilengkapi kamera 4K.

DJI mavic PRO -3-copy-970-80

DJI Mavic Pro: Dron Boleh Lipat Bersaiz Kecil

DJI Mavic Pro mengetengahkan rekabentuk boleh lipat yang membolehkan ia dilipat ke satu saiz kecil yang agak menakjubkan, dengan keempat-empat bilahnya disimpan dalam badannya ketika dilipat. DJI mendakwa saiznya begitu kecil sehingga mampu dibawa dalam bag galas dan segala proses nyah-lipat boleh dilakukan dalam masa kurang satu minit.

Jarak dan Masa Terbang

Kerangka, sistem tujahan dan bateri baharu pada Mavic Pro  membolehkan ia terbang selama 27 mini pada kelajuan maksimum 40 batu sejam (lebih kurang 60km/j). Untuk mengambil video yang lancar, dron itu mampu untuk kekal stabil dalam angin berkelajuan 24 batu sejam, manakala sistem geofencing padanya memastikan anda tidak terbang ke dalam kawasan yang tidak dibenarkan sekaligus mengelakkan situasi keselamatan yang tidak diingini.

Seperti dron DJI yang lain, jika ia kehilangan hubungan dengan pemandu atau ketika kuasa bateri rendah, ia akan secara automatik kembali ke tempat ia dilancarkan. Bagi mengelakkan kemalangan semasa pendaratan, dron ini merakam pelancarannya dengan dua kamera yang dilengkapinya dan menggunakan rakaman itu sebagai panduan untuk mendarat dalam 1 inci dari tempat ia dilancarkan.

Sistem Kamera

Mavic Pro mengetengahkan gimbal 3 paksi paling kecil yang DJI percaya akan memberikan imej tanpa stabil tanpa sebarang goyangan. Kameranya mempunyai jarak fokus minima 0.5m dan boleh dipusingkan 90 darjah untuk mengambil video pada mod potrait, sekiranya anda mahu.

mavic-5-650-80

Kamera itu berkeupayaan mengambil video 4k pada kadar 30fps, tetapi ia juga boleh mengambil video 1080p pada kadar 96fps, bermakna anda boleh juga mengambil video gerak perlahan padanya. Untuk foto pula, ia boleh mengambil foto RAM 12MP dalam format Adobe DNG. DJI mendakwa oleh kerana kestabilan gimbalnya, anda boleh mengambil foto dengan pendedahan selama 2 saat yang berpotensi menghasilkan gambar yang sangat menarik.

mavic-7-650-80

Alat Kawalan

DJI Mavic Pro didatangkan dengan alat kawalan yang boleh dipasangkan dengan telefon pintar atau boleh digunakan secara bersendirian untuk mengawal dron. Ia mempunyai butang-butang yang didedikasikan untuk fungsi tertentu. Terdapat juga skrin LCD padanya yang memaparkan pelbagai data, manakala sistem sambungan videonya, OcuSync, menyokong jarak kawalan 4.3 batu dengan resolusi suapan Live View dari dron sehingga 1080p.

Secara alternatifnya, dron ini boleh dikawal dengan touchscreen telefon pintar anda dengan aplikasi TapFly dengan perkakasan dan perisian termaju pada Mavic Pro membolehkan ia dikawal menggunakan gesture.

Terdapat juga versi DJI ActiveTrack yang dikemaskini yang dapat mengecam subjek seperti kerekta, manusia, basikal, bot dan binatang, di mana anda boleh set supaya dron tersebut ikuti, bergerak di hadapannya, terbang mengelilingi atau di sebelahnya. Ciri ini membolehkan kamera fokus pada subjek sementara anda mengawal dron tersebut.

DJI Mavic Pro akan dijual pada harga USD749 untuk dron sahaja, manakala untuk dron dengan alat kawalan, harganya adalah USD 1,199. Syarikat itu juga menawarkan kombo dron, alat kawalan dan dua bateri tambahan pada harga USD1,299. Ia akan mula diedarkan pada 15 Oktober dan akan memasuki Apple Store mulai 2 November.

DJI Goggles

DJI Goggles

Salam satu kejutan saat akhir, DJI mengumumkan ia akan melancarkan DJI Goggles yang membolehkan pengguna melihat apa yang dron lihat seolah-olah beliau berada sendiri pada dron itu. Ia dilengkapi skrin 1080p dengan sudut penglihatan 85 darjah dan suapan video diambil terus dari dron dan bukan melalui alat kawalan, hasil penggunaan teknologu OcuSync.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top