Kamera

DJI Phantom 4 Bawa Pelbagai Innovasi

DJI Phantom 4 merupakan model terbaharu dron keluaran DJI yang bukan sahaja membolehkan pengguna mengambil video dari udara yang sukar, malah melakukannya tanpa bantuan operator.

DIJI Phantom 4

Teknologi termaju mampu mengambilaih sebahagian besar penerbangan dron tanpa disedari operator dan menyertakan GPS bagi mengekalkan kedudukan penerbangan dron di samping sensor dan kamera membantu menstabilkan penerbangan. Tanpa alat bantu ini, ramai yang mungkin tidak mampu menerbangkan dron ini.

DJI Phantom 4 membawa penerbangan automatik dan pintar ke satu tahap yang lebih tinggi dimana operator tidak perlu berfikir bagaimana menerbangkannya, sebaliknya hanya perlu memikirkan video yang hendak diambil.

Dengan dron ini juga, DJI menyasarkan untuk membolehkan operator melepaskan kawalan kepada dron itu sendiri. Operator boleh melakukan apa saja aksi manakala dron tersebut akan terbang mengikutinya dan mengambil syot video anda.

Semua ini dibolehkan hasil penggunaan teknologi anti pelanggaran. Dua sensor hadapan baharu boleh mengesan sebarang objek penghalang di dalam laluan penerbangan Phantom 4 dan ia akan menukar haluan seketika bagi mengelakkan pelanggaran. Gabungkan kebolehan mengelak dengan kebolehan penjejakan visual (visual tracking) dan anda telah temui sebuah dron yang boleh menjejak subjek dan mengelak halangan pada masa yang sama. Ini membolehkan operator mengambil selfie yang lebih epik.

Phantom 4 akan menawarkan kebolehan merakam pada resolusi 4K pada kadar 30fps dan video 1080p pada kadar 120fps. Dron ini juga mempunyai jangkamasa penerbangan selama 28 minit dan jarak kawalan maksima sejauh lebih 3 batu.

Kebanyakan ciri-ciri penerbangan lain pada Phantom 4 menyamai Phantom 3, termasuk penggunaan kamera dan gimbal yang dipasang terus pada badan dron dan menggunakan teknologi Lightbridge untuk menstrim secara masa nyata video 720p ke skrin kawalan. Terdapat juga aplikasi Go untuk iOS dan Android. Aplikasi ini membolehkan kawalan setting kamera di samping kawalan terus ke atas fungsi penerbangan termaju seperti laluan yang boleh ditentukan pengguna, orbit dan setting untuk mengikut pengguna.

DJI juga telah menaiktaraf rekabentuk kipas dengan tapak yang lebih lebar dan mekanisma yang membolehkan ia ditanggalkan dengan lebih cepat bagi memudahkan pemasangan dan simpanan semasa di lokasi. Ia juga telah menerima beberapa penambahbaikan di bahagian badan bagi menjadikannya lebih aerodinamik.

DJI Phantom 4 akan mula dijual kepada umum mulain 15 Mac dan harga yang diumumkan untuk dron ini ialah USD 1,399. Namun bagi pengguna professional, walaupun lebih mahal berbanding model sebelumnya, ia merupakan satu pelaburan baik memandangkan sistem pengelakan pelanggarannya boleh mengelakkan kemalangan yang tidak diingini, seterusnya kos pembaikan yang mahal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top