Kamera

EE Melancarkan Kamera 4GEE Capture Cam

Syarikat perkhidmatan jalurlebar dan rangkaian mudahalih Britan EE telah melancarkan sebuah kamera aksi boleh pakai dinamakan 4GEE Capture Cam. Digelar “kamera penstirman 4G boleh pakai pertama dunia”, kamera ini menyasarkan satu niche yang sangat spesifik.

CaptureCamera-HandsOn-01-970-80

EE Melancarkan Kamera 4GEE Capture Cam

Kamera 4GEE Capture Cam dilengkapi dengan kad SIM 4G dan boleh menstrim secara langsung video 720p kepada rakan dan keluarga melalui perkhidmatan perkongsian peribadi Skeegle.

CaptureCamera-HandsOn-02-650-80

Ia juga boleh merakam video 1080p, tetapi hanya boleh menyimpannya dalam memori dalamannya sebanyak 4GB atau pada ked MIcroSD yang boleh dislot masuk ke dalamnya.

Namun ia bukan hanya boleh merakam video sahaja. Ia juga boleh menangkap gambar 8MP dan boleh dihubungkan kepada peranti Android atau iOS menggunakan aplikasi mudahalih yang didatangkan bersamanya. Ini membolehkan pengguna menjadikan telefon pintar atau tablet sebagai viewfinder.

EE tidak mengumumkan harganya, tetapi ia dikatakan lebih murah dari model 4GEE Action Cam yang dilancarkan syarikat itu sebelum ini. Peranti ini akan hadi ke pasaran UK sebelum perayaan Krismas 2015. Ia tidak dijangka dijual di luar UK.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top