Kamera

Gambar GoPro Hero 5 Bocor Ke Web

Gambar dan maklumat mengenai kamera aksi terbaharu GoPro Hero 5 telah bocor ke web dan mendedahkan rekabentuk dan beberapa fungsi-fungsinya.

GoPro_Hero4_Black_48-970-80

Gambar GoPro Hero 5 Bocor Ke Web

Perkara pertama yang boleh dilihat pada GoPro Hero 5 ialah rekabentuknya yang telah diringkaskan, di mana ia membuang beberapa butang untuk digantikan dengan touchscreen. Ini dapat dilihat dari gambar yang dibocorkan MirrolessRumors.

GoPro Hero 5

kredit imej: mirrorlessrumors.com

Maklumat yang dibocorkan juga menerangkan ciri-cir yang tidak dapat dilihat pada pandangan pertama seperti peralihan dari penggunaan port mini USB kepada USB-C, bateri 1220mAh yang besar sedikit dari yang dahulu, dan berat keseluruhan 118g.

Walaupun maklumat ini tidak rasmi, ia sekaligus mengesahkan khabar angin mengenai penggunaan antaramuka touchscreen pada kamera tersebut serta kebolehan memuatnaik ke cloud, iaitu satu ciri yang pertama kali diperkenalkan pada jenama kamera tersebut.

GoPro_Hero_5_leak_Source_Konrad_Iturbe-650-80

Kamera itu juga dikatakan kalis air sehingga 10 kaki, menunding kepada satu produk yang belum diumumkan digelar “Super Suit”, berkemungkinan besar sebuah housing untuk menyelam pada kedalaman yang tinggi.

Di samping itu satu fail pdf yang didakwa manual pengguna GoPro Hero 5 timbul di Reddit. Dokumen yang dibocorkan itu mendakwa kamera tersebut boleh merakam video 4K pada kadar 30fps, manakala merakam pada resolusi 1080p dan lebih rendah pada kadar sehingga 120fps untuk memberikan video gerak perlahan yang lebih lancar.

Fungsi menarik terakhir adalah fungsi arahan suara. Kamera ini boleh bertukar mod, menghidupkan dan mematikan kuasanya, memulakan penggambaran, dan banyak lagi dengan menggunakan satu frasa.

GoPro merancang untuk melancarkan kamera ini dalam tahun ini, jadi maklumat rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi. Tambahan pula, syarikat itu masih belum menerbitkan maklumat mengenai dron bernama Karma yang dikatakan akan dilancarkan pada musim cuti penghujung tahun ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top