Kamera

Google Mahu Anda Mencuba GoPro Jump

Google mendedahkan pada acara Google I/O baru-baru ini bahawa ia telah bekerjasama dengan GoPro dalam membangunkan sebuah rig kamera 360 darjah yang boleh mengambil video VR. Rig ini dipanggil GoPro Jump.

gopro-jump-camera-970-80

Google Mahu Anda Mencuba GoPro Jump

Setelah memperkenalkannya di acara Google I/O, Google kini mencari pembikin video untuk mencuba GoPro Jump bermula musim panas ini. Rig ini boleh memuatkan sehingga 16 buah kamera GoPro untuk video dengan pandangan 360 darjah yang kemudiannya boleh dimuatnaik ke Youtube.

Walaupun Google sedang mencari pembikin video dan filem, sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk mencuba rig itu di laman pendaftarannya.

Sementara itu, bagi yang belum pernah menonton video VR 360 darjah, bolehlah menonton video di bawah. Anda boleh menggunakan kawalan anak panah di bahagian atas kiri video untuk menggerakkan pandangan anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top