Kamera

GoPro Bakal Melancarkan Hero 6 Tahun ini

Beberapa tahun kebelakangan ini merupakan waktu yang agak sukar bagi GoPro memandangkan pengguna kurang menaiktaraf kamera aksi mereka sekerap mereka menaiktaraf telefon pintar mereka. Apapun, perancangan seterusnya adalah untuk melancarkan GoPro Hero 6, walaupun syarikat itu belum memberikan sebarang maklumat secara tepat mengenai bila ia akan dilancarkan.

GoPro Bakal Melancarkan Hero 6 Tahun ini

GoPro Hero 5 dilancarkan pada bulan September 2016 membawakan penambahbaikan ke atas prestasi dan juga sebuah touchscreen buat pertama kali pada kamera aksi model tertinggi keluaran GoPro. Tidak mustahil September 2017 menjadi tarikh pelancaran Hero 6.

Pada masa yang sama tahun lepas, GoPro juga melancarkan perkhidmatan simpanan cloud dengan penyegerakan kandungan dinamakan GoPro Plus yang mengenakan yuran USD4.99 di Amerika. Menurut syarikat itu, kadar pengekalan pelanggan perkhidmatan itu tinggi dan ia mengambil keputusan untuk memperluas perkhidmatan itu ke luar Amerika dalam bulan-bulan akan datang.

CEO GoPro, Nick Woodman mengesahkan berbilang kamera dan aksesori akan dilancarkan dalam jangkamasa 12 bulan akan datang, namun tidak dapat dipastikan berapa antaranya adalah produk baru dan berapa antaranya adalah naik taraf produk sedia ada.

Apa pun, masih terlalu awal untuk mengetahui secara tepat semua produk atau perancangan yang dirancang syarikat kamera aksi tersebut. Hanya dalam beberapa bulan akan datang lebih banyak maklumat akan didedahkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top