Kamera

GoPro Hero 5 dan Karma Serta Harga

GoPro telah melancarkan barisan GoPro generasi terbaharunya sejak dua tahun dalam satu acara pelancaran yang diadakan semalam. Dalam acara ini ia telah melancarkan dua buah kamera aksi GoPro Hero 5 (model Black dan Sessions) dan sebuah dron digelar Karma. Peranti GoPro HEro 5 dan Karma ini dilihat bakal merancakkan lagi dunia kamera aksi dan dron.

gopro-hero-5-karma-970-80

GoPro Hero 5 dan Karma Serta Harga

Menurut syarikat tesebut, GoPro Hero 5 merupakan model paling berkuasa antara dua peranti kamera aksi yang dilancarkannya semalam. Ia dilengkapi antaramuka yang diselaraskan dengan skrin sesentuh 2 inci di bahagian belakangnya. Namun ia tetap mengekalkan butang merakam tunggal.

GoPro 5 Sessions pula telah ditambahbaik dengan kebolehan merakam video 4K dan mengekalkan saiznya yang kecil.

Kedua-dua model Hero 5 Black dan Sessions boleh merakam video 4k pada kadar sekurang-kurangnya 30fps dan didatangkan dengan fungsi penstabilan yang sangat diperlukan dalam kamera aksi. Ia juga didatangkan dengan fungsi arahan suara dalam 7 bahasa.

Model Black menonjol dengan kebolehan merakam gambar dalam format RAW dan WDR, merakam bunyi stereo dan merakam kedudukan GPS. Gambarnya mempunyai resolusi 12MP manakala model Session dihadkan kepada 10MP. Paling menarik, kedua-dua kamera ini kalis air sehingga 33 kaki dalam, tanpa menggunakan sebarang housing. Ia juga serasi dengan mounting GoPro sedia ada.

Dron GoPro Karma

GoPro Karma merupakan satu dron unik kerana ia boleh dilipat dan didatangkan dalam beg galas. Ciri ini membantu Karma menonjol, memandangkan ia lewat memasuki pasaran berbanding DJI dengan dron Phantom keluarannya.

Dron Karma cukup kecil untuk dibawa ke mana sahaja. Rekabentuk yang boleh dilipat menjadikannya sangat selesa dibawa ke sebarang aktiviti sehinggakan pengguna akan terlupa mereka sedang membawanya dalam beg galasnya.

Ia dilengkapi penstabil kamera 3 paksi yang boleh ditanggalkan dari dron dan dipasangkan pada pemengang Karma untuk merakam video yang sangat lancar yang dirakam dengan tangan atau dipasangkan pada mount. Ia juga mempunyai alat kawalan ala-permainan video yang dilengkapi skrin sesentuh.

Harga GoPro Hero 5 dan Karma

GoPro Hero 5 Black Edition akan dijual pada harga USD399 dan GoPro Hero 5 Session pula akan dijual pada harga USD299. Ia akan dipasarkan secara rasmi pada 2 Oktober.

Harga dron Karma pula agak tinggi. Ia dijual kosong, tanpa sebarang kamera GoPro Hero 5 pada harga USD799. Pakej dengan Hero 5 Sessions pula dijual pada harga USD999 mankala pakej dengan GoPro Hero 5 Black pula dijual pada harga USD 1099. Karma akan dipasarkan bermula 23 Oktober.

Pada pendapat kami barisan produk GoPro kali ini sememangnya merupakan set lengkap peralatan rakaman bagi mereka yang gemar sukan lasak dan videografi. Melainkan anda seorang jurugambar perkahwinan atau jurugambar acara, kami rasakan set peralatan kamera GoPro Hero 5 dan Karma sudah cukup lengkap untuk kebanyakan keperluan anda. Ia membolehkan pengguna biasa menggunakannya sebagai kamera selfie atau vlogging, dan pada masa yang sama peminat sukan lasak boleh merakam video lasak dengan mudah. Cuma tambah satu kamera DSLR dan anda boleh melakukan sebarang perniagaan perkhidmatan videografi kecil. Jika harganya ketika dibawa masuk ke Malaysia tidak jauh berubah dari harga sebenar, kami jangkakan tidak mustahil ia boleh dijual seperti goreng pisang panas.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top