Kamera

GoPro Hero 5 Sessions Menerima Kemaskini Perisian

GoPro telah memperkenalkan kemaskini perisian untuk GoPro Hero 5 Black Edition dan GoPro Hero 5 sessions dan memperkenalkan aksesori baharu.

GoPro Hero 5 Session

GoPro Hero 5 Sessions Menerima Kemaskini Perisian

Paling menarik mengenai kemaskini terbaharu ini adalah GoPro Hero 5 Sessions kini boleh merakam video 4K pada kadar 24fps dan merakam dalam mod Superview (atau lensa sudut ultra luas) di mana sebelum ini, ia hanya boleh merakam pada kadar 30fps dengan mod lensa sudut luas. Kemaskini perisian itu juga membenarkan semua pilihan sudut lensa pada mod rakaman 1080p/48fps pada kamera aksi tersebut.

Kamera GoPro Hero 5 Black Edition pula mendapat penambahbaikan lebih kecil dengan kemaskini perisian ini. Ia membenarkan pengguna memindahkan gambar dari satu syot berbilang gambar dan mengubahsuainya tetapan shutternya dalam mod Protune. Kedua-dua kamera itu juga ditambah sokongan bahasa Korea, Rusia dan Portugis.

Aksesori Baharu

Di samping kemaskini perisian, GoPro juga telah memperkenalkan dua buah aksesori tambahan bagi menstabilkan lagi gambar dan video diambil menggunakan kamera aksi berkenaan. Pertama adalah Karma Grip Extension Cable. Ia merupakan sebuah kabel lanjutan yang memisahkan gimbal 3 axis GoPro dengan pemegang Karma, memudahkan pengguna meletakkan gimbal itu pada helmet atau pemegang basikal.

Gelungan kabelnya mempunyai kepanjangan 89cm memudahkan pengguna memasang kamera/gimbal pada sebarang perkakasan seperti helmet dan kemudian menyimpan pemegang Karma di dalam poket.


Kedua merupakan batang selfie gergasi El Grande. Batang yang boleh diolah kepanjangannya berukuran 15 inci panjang dan boleh dipanjangkan kepada 38 inci. Walaupun syarikat itu telahpun mempunyai aksesori serupa bernama 3-Way, El Grande menawarkan kepanjangan ekstra sebanyak 1 kaki bagi membolehkan lebih banyak orang dimuatkan dalam selfie.

GoPro Karma Grip Extender dan El Grande akan mula dijual pada 9 April, masing-masing pada harga USD99 dan USD59.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top