Kamera

GoPro Melancarkan Hero 4 Session

GoPro telah melancarkan sebuah lagi kamera aksi yang dinamakan GoPro Hero 4 Session. Kamera ini direka semula dengan rekabentuk yang lebih kecil berbanding Hero 4 biasa dan menjanjikan penggunaan yang lebih mudah bagi mereka yang baru berjinak dengan kamera aksi.

HERO 4-Session-1-970-80

GoPro Melancarkan Hero 4 Session

Mengendalikan GoPro Hero 4 Session jauh lebih mudah berbanding kamera Hero 4 biasa kerana ia hanya mempunyai satu butang untuk mengendalikan kebanyakan fungsinya. Tekan butang tersebut sekali dan ia akan menghidupkan kamera dan terus memulakan rakaman.

Tekan butang tersebut untuk jangkamasa yang lebih lama untuk menghidupkan kamera dan merakam rakaman Time Lapse. Tekan butang tersebut sekali lagi untuk menghentikan rakaman dan mematikan kamera.

Seperti kamera GoPro sebelumnya, pengguna boleh mengubah setting kamera menggunakan aplikasi mudah alih atau alat Smart Remote.

GoPro-Session-2-650-80

Hero 4 Session adalah 50% lebih kecil dan 40% lebih ringan (74g) berbanding GoPro Hero 4 Black dan Silver dan berukuran lebih kurang 1 inci padu. Saiz yang lebih kecil bermakna ia dapat dipasang di tempat yang mustahil dipasang GoPro Hero 4 sebelum ini, seperti di bawah papan luncur.

Ia juga kalis air tanpa memerlukan kasing tambahan dan boleh menyelam sedalam 10m dan didatangkan dengan braket standard dan berprofil rendah serta braket “Ball Joint Buckle”. Ia juga boleh digunakan bersama aksesori braket sedia ada yang digunakan model-model GoPro sebelumnya.

Hero 4 Sessions juga mengekalkan kualiti gambar yang hebat dan merakam video resolusi 1080p pada 60fps, 720p pada 100fps dan 1440p pada 30fps (resolusi 4K tidak disertakan). Ia juga boleh mengambil gambar tunggal, berbilang dan Time Lapse pada saiz 8MP.

Ia juga menyertakan fungsi putaran gambar secara automatik, memastikan video yang anda ambil berada pada kedudukan yang betul tidak mengira kedudukan kamera yang dipasang pada braket. Kamera ini juga mempunyai dua mikrofon, satu di hadapan dan satu di belakang dan boleh menukar antara dua mikrofon itu bagi mengurangkan bunyi angin.

Kamera ini akan mula dijual bermula 12 Julai pada harga USD399 iaitu harga yang sama dengan Hero 4 Silver.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top