Kamera

GoPro Mula Memasarkan Rig 16 Kamera Odessey

Rig realiti maya yang diumumkan GoPro pada acara Google I/O tidak lama dahulu kini diberi nama Odessey secara rasmi dan kini dibuka untuk jualan. Namun pada harga USD15,000, hanya pengeluar kandungan professional sahaja dibenarkan membelinya, selepas membuat permohonan.

gopro-odyssey.0

GoPro Memasarkan Rig 16 Kamera Odessey

Walaupun harga yang dicadangkan mungkin tidak dapat dicapai oleh orang kebanyakan, ia merangkumi bilangan peralatan yang agak banyak. Dengan pembelian GoPro Odessey, anda mendapat 16 buah kamera GoPro Hero 4 Black Edition, iaitu model paling berkuasa dalam barisan GoPro, sebuah mikrofon, rig dan semua kabel yang diperlukan serta bag bimbit Pelican disertakan. Tidak dilupakan juga jaminan dan sokongan pengeluar,

Bagi syarikat yang ingin menceburi bidang realiti maya (VR), namun tidak mahu membangunkan rig mereka sendiri, inilah pilhan terbaik bagi mereka.

Odessey merupakan satu-satunya kamera yang dibangunkan khas untuk platform Google Jump yang diumumkan pada Google I/O 2015 yang lalu. Jump merupakan sebuah ekosistem VR bersepadu yang, secara teorinya, menjadikan pembangunan dan tontonan kandungan realiti maya lebih mudah.

Dengan Jump Google mewujudkan pelan terbuka untuk digunakan syarikat-syarikat dalam pembangunan rig 16 kamera keluaran mereka sendiri, di samping membangunkan perisian yang boleh menghasilkan babak yang dirakam pada kualiti yang lebih tinggi berbanding perisian penyambungan imej biasa.Pada akhirnya, video Odessy akan dimuatkan ke Youtube.

Ada sebab mengapa program terbitan awal dijalankan dan diberikan hanya kepada golongan professional tertentu sahaja. Sebabnya ialah memandangkan GoPro dan Google baharu mula mempelopori dunia 3D dan VR 360 darjah, ia mahu memastikan video-video pertama yang diterbitkan berkualiti tinggi dan penonton tidak melihat video yang buruk dan menjejaskan pandangan pertama penonton terhadap produk tersebut.

Apa pun, video di bawah menuunjukkan salah satu video yang dibikin menggunakan Odessey. Anda boleh menggunakan mouse untuk menukar arah pandangan 360 dajah. K

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top