Kamera

Kamera DxO Membawa Foto Kualiti DSLR Kepada iPhone

Kamera DxO telah dilancarkan, sekaligus membawakan kualiti gambar menghampiri DSLR kepada iPhone. Ini bukan kali pertama sesebuah syarikat mengeluarkan kamera tambahan untuk telefon pintar. Sony pernah tampil dengan kamera lensar QX1 dan QX30 yang disambungkan diletakkan telefon pintar dan disambungkan menggunakan WiFi menghasilkan kualiti foto yang lebih baik berbanding kamera pada telefon pintar. Kamera tersebut mempunyai sensor dan lensa, namun telefon pintar mengawal kebanyakan fungsinya.

Kamera-dxo-one-hero-970-80

Kamera DxO Membawa Foto Kualiti DSLR Kepada iPhone

Namun masalah dengan kamera tambahan seperti Sony QX1 dan QX30 ialah kelembapannya. Oleh kerana ia menggunakan sambungan WiFi sebagai cara berkomunikasi antara kamera dan telefon pintar, penggunaan sehari-harian untuk mengambil foto tidak begitu lancar. Namun, kamera DxO tidak mempunyai masalah ini kerana ia menggunakan sambungan elektronik fizikal untuk bersambung dengan iPhone yang juga berfungsi sebagai sistem penyambungan.

Kualiti Foto

Satu-satunya sebab untuk mendapatkan kamera tambahan ialah untuk meningkatkan kualiti foto secara drastik, berbanding kamera pada telefon pintar. Sony melakukannya dengan melengkapkan sensor yang lebih besar pada QX1 atau dengan meletakkan lensa zoom besar pada QX30.

Kamera DxO One ini dilengkapi sensor yang jauh lebih besar dari iPhone, bersaiz 1 inci dan berkeupayaan 20.1 MP. Sensor seperti ini biasanya dilengkapkan pada kamera-kamera kompak berprestasi tinggi seperti Sony RX100 atau Canon G7 X . Ia juga mempunyai lensa f/1.8 dan badan yang kecil dan padat, sesuai untuk dimuatkan pada iPhone.

Sensor lebih besar ini akan memberikan resolusi gambar yang lebih tinggi, dynamic range yang lebih baik dan kawalan noise yang juga lebih baik pada kadar ISO yang tinggi. Walaubagaimanapun, kamera ini tidak mempunyai lensa zum, sebaliknya satu lensa tetap 32mm yang mempunyai sudut penglihatan yang lebih kurang sama dengan iPhone, tetapi mempunyai apatur maksumum f/1.8, memberikan prestasi lebih baik di tempat kurang bercahaya.

dxo-one-disconnected-650-80

Kamera DxO One boleh digunakan dengan sendirinya, tetapi dalam mod automatik. Untuk mendapat kawalan penuh ke atas setting kamera ini, ia perlu disambungkan kepada sebuah iPhone. Ia sebuah kamera yang berkuasa dengan kawalan keutamaan aperture, shutter speed, serta kawalan manual dan boleh mengambil video 1080p serta menangkap foto RAW atau JPEG.

Kamera ini dijual pada harga USD599. Ia tidak begitu murah, namun ia sepatutnya telah dijangka oleh pengguna iPhone.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top