Kamera

Livestreaming VR Menjadi Realiti Dengan Kamera Nokia OZO+

Dalam persidangan NAB di Las Vegas, Nokia mengumumkan kamera 360 terbaharunya Nokia OZO+ bersama barisan perisian yang membantu dalam menghasilkan output VR yang lebih baik dan mempertingkatkan kebolehcapaian format video tersebut. Ia adalah naiktaraf kepada model OZO asal yang dikeluarkan syarikat tersebut tahun lepas.

Livestreaming VR Menjadi Realiti Dengan Kamera Nokia OZO+

Tetapi kamera ini bukannya sebuah kamera yang akan anda beli dengan wang lebihan simpanan dari bonus hujung tahun anda. Model asal OZO dijual pada harga USD 60,000, jadi walaupun harga rasmin Nokia OZO+ belum diumumkan lagi, anda boleh jangkakan berapa harganya apabila ia mula dijual nanti. Jelas sekali ia tidak disasarkan kepada pengguna biasa.

Apa yang menarik mengenai kamera ini ialah ia menawarkan pengalaman penyiaran video VR 8K pertama dunia. Secara teknikal, ia menawarkan resolusi 4K bagi dua belah mata, namun kualiti penyiaran setinggi itu belum pernah dilihat sebelum ini.

Walaupun Intel pernah membuat demonstrasi penyiaran livestream VR 8K di atas rangkaian 5K pada acara MWC 2017, demonstrasi tersebut dibuat dalam persekitaran terkawal. Apa yang Nokia telah lakukan ialah mengimplimen teknologi tersebut ke dalam dunia nyata. Namun selain headset VR Pimax, tidak banyak headset VR mampu menanggung beban penyiaran VR 8K. Tetapi dijangka lebih banyak headset sebegini akan dihasilkan nanti.

Nampaknya persaingan VR semakin hangat dan kualiti video yang dihasilkan semakin menghampiri suatu yang boleh diterima pengguna secara umum. Kini yang tinggal adalah menghasilkan kandungan VR yang lebih komersil, teratur dan mempunyai tema, untuk menonjol kepada bakal penonton yang mempunyai citarasa yang berbeza-beza.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top