Kamera

Memilih Kamera Yang Sesuai Untuk Anda (Bhg 1)

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Dengan pelbagai model baru kamera memasuki pasaran setiap bulan, memilih kamera yang sesuai untuk anda mungkin menjadi sedikit cabaran bagi sestengah orang. Tetapi dengan mengetahui keupayaan fotografi sendiri, pilihan akan menjadi lebih mudah.

Dalam dunia fotografi, pengguna kamera boleh disimpulkan kepada 3 golongan :

  1. Amatur atau mereka yang mengambil foto hanya untuk kegunaan peribadi.
  2. Intermediate atau mereka yang mula menjadikan fotografi sebagai hobi.
  3. Professional atau mereka yang menjadikan fotografi sebagai sumber kewangan.

Bergantung kepada jenis pengguna, kamera yang dipilih adalah berbeza-beza. Hari ini, Techkini akan membantu anda dalam memilih kamera yang sesuai untuk anda.

Memilih Kamera Yang Sesuai Untuk Anda.

Jika anda seorang professional, besar kemungkinan anda tidak lagi perlu sebarang panduan untuk memilih kamera kerana tentunya anda sudah tahu daripada pengalaman anda dalam fotografi, jadi artikel ini akan memfokuskan kepada kumpulan Amatur dan Intermediate.

Terdapat persepsi yang mengatakan lebih banyak “Megapixel” sebuah kamera, lebih baik gambar yang dihasilkan. Persepsi ini salah. Terdapat banyak faktor yang memberi kesan kepada kualiti imej sesbuah kamera, Faktor paling besar ialah kualiti sensor dan kualiti lensa. Paling penting, lihat foto contoh yang dihasilkan sesebuah kamera sebelum membelinya.

Amatur

Jika anda hanya seseorang yang mengambil gambar peribadi atau aktiviti harian, kamera kompak lebih sesuai untuk anda. Walaupun foto yang dihasilkan kamera telefon pintar akhir-akhir ini sudah agak baik, tetapi jika anda mahu mengambil gambar dengan banyak dan tidak mahu membazirkan tenaga bateri pada telefon pintar anda, mendapatkan sebuah kamera adalah idea yang baik.

Antara kamera kompak yang boleh anda pertimbangkan dihimpunkan dalam senarai berikut. Secara umumnya kamera kompak mudah dibawa kerana saiznya kecil, mempunyai kualiti imej yang lebih baik berbanding kamera pada telefon pintar namun masih mempunyai prestasi terhad ketika mengambil gambar dalam keadaan di mana pencahayaannya kurang baik.

Fujifilm FinePix F770EXR

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Pixel 18MP
Zoom Optikal 20x
Aperture f/3.5
Skrin LCD 3.0″
Sensitiviti (ISO) 12800
Harga RM1170

 

Kelebihan yang ada pada kamera ini ialah kebolehannya untuk zoom sehingga 20x zoom optikal dan boleh mencapai 40x zoom digital. Anda juga boleh mengambil foto secara berteusan pada kadar 8 foto sesaat pad resolusi 16MP dan 11 foto sesaat pada resolusi 8MP.

Satu ciri menarik kamera ini ialah ia boleh mengambil video berkelajuan tinggi pada kadar 320fps (320 x 112 pixels), 160fps (320 x 240 pixels) dan 80fps (VGA 640 x 480 pixels). Dengan mengambil video berkelajuan tinggi, apabila dimainkan semula, video itu akan dimainkan dalam gerak perlahan.

Foto contoh :

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Kamera Yang Sesuai Untuk AndaSAMSUNG MV800

Pixel 16MP
Zoom Optikal 5x
Aperture f/3.3
Skrin LCD 3.0″
Sensitiviti (ISO) 3200
Harga RM700

Samsung MV800 adalah sebuah kamera yang menarik di mana skrin LCDnya boleh di gerakan 30 hingga 180 darjah, sesuai untuk mengambil gambar di mana subjek berada pada kedudukan yang sukar.

Ia juga mempunyai ciri Live Panorama di mana anda boleh menangkap gambar panorama dengan hanya menekan butang menangkap foto dan menggerakkan kamera menyusuri pemandangan panorama tersebut. Selain itu ia mempunyai touchscreen di mana anda boleh menetapkan item yang dipapar pada skrin utama serta latarbelakangnya mengikut citarasa anda.

Foto contoh :

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Kamera Yang Sesuai Untuk AndaCanon PowerShot SX260 HS

Pixel 12.1MP
Zoom Optikal 20x
Aperture f/3.5
Skrin LCD 3.0″
Sensitiviti (ISO) 3200
Harga 1299

Kamera ini mempunyai zoom sehingga 20x dan lensa lebar 25mm untuk sudut penglihatan kamera yang lebih besar. Ini digabungkan juga dengan sistem penstabil image optik memastikan gambar optimum dapat diambil.

Ia juga berkebolehan menangkap video sehingga resolusi 1080p dengan butang merakam khas dan anda boleh memainkan semula video tersebut pada HDTV menggunakan sambungan port HDMInya.

Foto contoh :

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Kamera Yang Sesuai Untuk AndaSony Cyber-shot WX100

Pixel 18.2MP
Zoom Optikal 10x
Aperture f/3.3
Skrin LCD 2.7″
Sensitiviti (ISO) 12800
Harga RM899

Sony Cyber-shot WX100 mempunyai zoom 10x dengan bantuan teknologi Clear Image Zoom, anda boleh zoom labih jauh sehingga 20x.

Ia juga mempunyai ciri Superior Auto Mode di mana setting kamera akan disesuaikan secara automatik supaya anda boleh mendapat hasil foto seakan-akan ditangkap dengan kamera DSLR.

Satu lagi fungsi menarik kamera ini ialah ciri Background Defocus di mana anda boleh menangkap gambar di mana latarbelakang subjek menjadi kabur, sesuatu yang sukar dicapai dengan kamera point kompak biasa.

Foto contoh:

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Panasonic Lumix SZ-5Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Pixel 14.1MP
Zoom Optikal 10x
Aperture f/3.1
Skrin LCD 3.0″
Sensitiviti (ISO) 16 – 6400
Harga RM688

Kelebihan utama kamera ini ialah ia mempunyai kebolehan Wi-Fi. Ini bermakna setelah mengambil gambar, anda boleh memuat-naik gambar ke laman sosial seperti Facebook, Picasa dan sebagainya. Dengan adanya GPS gambar yang anda kongsi di laman sosial juga akan memaparkan lokasi anda.

Dengan adanya kebolehan WiFi juga, anda boleh menetapkan kamera anda untuk memuat naik gambar ke dalam komputer anda yang berada dalam rangkaian WiFi yang sama. Anda juga boleh memaparkan gambar atau memain semula video pada VIERA HDTV yang mematuhi piawai DLNA.

Foto Contoh:

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Kamera Yang Sesuai Untuk AndaNikon CoolPix S4300

Pixel 16MP
Zoom Optikal 6x
Jarak Focus f/2.5
Skrin LCD 3.0″
Sensitiviti (ISO) 3200

Nikon CoolPix S4300 mempunyai saiz yang paling kecil dan comel. Ia mempunyai touchscreen 3 inci di mana semua fungsi menu diakses menggunakan touchsceen ini.

Ia mempunyai pelbagai jenis Image Filter termasuk soft, Nostalgic sepia, Selective color dan juga Miniture yang mengambil gambar yang kelihatan seolah-olah ia bersaiz kecil.

Foto contoh :

Kamera Yang Sesuai Untuk Anda Kamera Yang Sesuai Untuk Anda

Di samping memilih kamera yang mempunyai hasil foto yang baik, ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang sesuai dengan cita rasa anda adalah penting dalam memilih kamera idaman anda.

Dalam bahagian kedua, Techkini akan membincangkan lebih lanjut mengenai pilihan kamera untuk jurugambar intermediate pula.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top