Kamera

Pandangan Pertama : Trigger Happy Remote

Trigger Happy Remote

Jika anda seorang jurufoto atau yang menjadikan fotografi DSLR sebagai hobi, anda tentu pernah mencuba teknik fotografi yang memerlukan kestabilan tripod seperti fotografi malam dan time lapse. Anda tentu juga pernah mencuba menekan trigger secara manual untuk mengambil gambar menyebabkan kamera bergerak dan gambar menjadi senget. Mengunakan Trigger Happy Remote mungkin adalah penyelesaian kos efektif buat anda.

Trigger Happy Remote

Trigger Happy Remote

Kebanyakan alat kawalan jauh adalah mahal dan tidak semuanya direka untuk menjalankan fungsi time lapse. Trigger Happy Remote merupakan projek tiga orang sahabat yang mendapat penbiayaan awam melalui laman web Kickstarter.com. Ia menerima pembiayaan sebanyak USD221,739 walaupun sebenarnya jumlah yang diminta hanyalah USD25,000.

Ideanya mudah sahaja iaitu bagaimana untuk menghasilkan alat kawalan kamera DSLR yang murah dan mudah digunakan. Hasilnya mereka telah membangunkan sebuah app yang dijalankan pada telefon pintar iOS dan Android yang boleh menjalankan semua fungsi fotografi kamera DSLR. Ia disambungkan ke kamera dengan kabel khas yang menghubungkan port earphone pada telefon pintar ke port alat kawalan pada kamera DSLR.

Fungsi-Fungsi app Trigger Happy Remote

1. Single shot

Mengambil satu gambar dengan hanya menekan butang Fire. Anda juga boleh mengawal setting seperti shutterspeed, Apature dan ISO

Trigger Happy Remote

Trigger Happy Remote

2. HDR Time Lapse

Masukkan setting timelapse anda dan app ini dan ia akan menjalankan pengambilan berbilang gambar tersebut secara automatik.

Trigger Happy Remote

3. Bump Ramping Time Lapse

Jika anda mengambil gambar time lapse untuk matahari terbit atau terbenam anda boleh menetapkan shutter speed pada permulaan dan pengakhiran sesi time lapse dan app ini akan mengubah shutter speed menikut masa yang ditetapkan.

Trigger Happy Remote

Namun app dan alat ini hanya dapat digunakan pada kamera DSLR dan kamera point and shoot bersepesifikasi tinggi tertentu sahaja. Satu senarai lengkap boleh didapati di laman web Tigger Happy.

Harga bagi sistem ini USD49.95 dan anda perlu memilih kabel yang sesuai mengikut model kamera anda. Ia dipasarkan di Amazon.com namun masih belum boleh dihantar ke Malaysia. Sekiranya anda ada sahabat di USA, bolehlah meminta bantuan mereka untuk membelikan sistem Trigger Happy Remote ini.

2 Comments

2 Comments

  1. Lenggang Kangkung

    December 18, 2012 at 10:31 am

    nice

    • iMyn

      December 20, 2012 at 11:24 pm

      Best kan? Ingat nak beli tapi tgk2 kamera Sony NEX-5 tak support.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top