Kamera

Polaroid Cube+ Kamera Cilik Yang Comel

Tahun lepas, Polaroid tampil dengan sebuah kamera kecil yang comel dipanggil Cube. Kini syarikat tersebut telah melancarkan model terbaharu kamera tersebut yang dipanggil Polaroid Cube+.

Polaroid Cube Plus-970-80

Polaroid Cube+ Kamera Cilik Yang Comel

Seperti model sebelumnya, Polaroid Cube+ merupakan sebuah kamera cilik yang berukuran 35mm x 35mm x 35mm. Walaupun kecil, ia dilengkapi lensa, sensor dan butang menangkap foto, iaitu perkara asas yang perlu ada pada sesebuah kamera. Walaubagaimanapun ia tidak mempunyai skrin untuk memaparkan foto yang telah atau akan diambil.

Namun ciri utama yang membezakannya dengan model sebelumnya adalah sambungan WiFi yang membolehkannya dipasangkan dengan peranti Android dan iOS. Sebuah aplikasi Cube+ baharu membolehkan pengguna menjadikan peranti mudahalih mereka menjadi skrin bagi mengambil gambar serta mengubah setting pada kamera tersebut. Tambahan juga, kamera Cube+ yang telah dipasangkan dengan telefon pintar boleh memindahkan terus foto yang diambil kepada peranti tersebut untuk disunting dan dikongsi.

Selain kebolehan WiFinya, Cube+ juga mempunyai sensor berkeupayaan 8MP berbanding model sebelumnya yang dihadkan kepada 6MP. Sensornya juga ditambahbaik dengan fungsi penstabilan imej elektronik yang boleh membantu apabila mengambil gambar di tempat gelap atau ketika menjalankan aktiviti lasak.

Dengan penambahbaikan ini, harganya juga telah dinaikkan dari USD99 untuk model Cube, kepada USD 129 untuk model baharu Cube+. Ia akan mula dijual mulai bulan Ogos. Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan samada ia akan dijual di Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top