Kamera

Red Scarlet : Kamera Berkualiti Sinema

Red scarlet

Dalam pembikinan sesebuah filem yang berkualiti, salah satu elemen yang paling penting ialah mendapatkan ‘cinimatic look’ atau gambar berkualiti sinema. Red Scarlet keluaran RED merupakan kamera sinema paras permulaan (entry level) yang boleh digunakan untuk menghasilkan filem untuk ditayangkan di pawagam.

Kamera ini bukanlah kamera baru, namun tidak ramai yang tahu mengenainya kerana statusnya sebagai kamera sinema professional.

Read Scarlet

Red Scarlet

RED memang telah lama terkenal dengan kamera sinema kompaknya dan bagi pembikin filem, ia memudahkan banyak perkara dalam proses pembikinan filem. Satu channel Youtube kegemaran kami, Sam and Niko, telahpun memiliki dan mengulas tentang kelebihan kamera ini berbanding kamera DSLR ketika merakam video.

Video tersebut dipaparkan di bawah. Kami merekomen anda menontonnya dan subscribe kepada channel mereka, namun jika anda tidak banyak masa kami telah membuat sinopsis tentang apa yang diperkatakan di dalam video ini selepas video ini.

Antara isi penting yang diperkatakan mengenai kamera ini adalah seperti berikut: –

1. Video dirakam dalam format RAW

Jika anda seorang jurufoto, anda tentu biasa dengan menangkap gambar dalam format RAW. Kamera Red Scarlet pergi selangkah lebih jauh dengan merakam video dalam format RAW. Apa itu format RAW dalam video?

Biasanya apabila pengguna menangkap gambar atau video cahaya akan masuk melalui lensa kamera, apature dan kemudiannya akan dirakam oleh sensor. Sensor akan menukarkan cahaya kepada data digital dan menghantar data tersebut kepada pemproses di mana ia akan dikodkan kepada format JPG, BMP, WMV, MOV atau apa sahaja format yang kamera anda disetkan.

Tetapi dengan merakam dalam format RAW, segala yang berlaku selepas cahaya terkena sensor tidak akan memberi kesan kepada gambar. Ini bermakna walaupun anda telahpun merakam gambar atau video, anda masih boleh mengedit gambar dengan menukar ISO, colour saturation dan white balance. Namun jika gambar atau video tersebut tidak fokus atau apature tidak disetkan dengan betul, ia tidak dapat diubah.

Ini memudahkan kerja pembikinan filem dengan mengurangkan beban membuat setting pada kamera kerana video boleh diedit pasca-produksi.

2. Video boleh dirakam dalam resolusi 4K

Unit “K” merujuk kepada resolusi mendatar gambar, sebagai contoh, jika resolusi sebuah video ialah 1920 x 1080, ia mempunyai resolusi 1.9K dengan membundarkan nilai 1,920.

Ini sangat berguna kerana dengan merakam dalam resolusi tinggi editor video mempunyai banyak ruang untuk mengolah video tersebut, sebagai contoh, sebuah babak dirakam dalam wide shot boleh diolah menjadi close up tanpa gambarnya pecah kerana ia dalam resolusi yang sangat tinggi.

3. Dynamic Range

Jika anda biasa merakam video, tentu anda pernah menghadapi masalah di mana jika anda di tempat gelap dan merakam tempat terang, objek dalam tempat terang akan menjadi over-exposed dan tidak dapat dilihat dan jika anda di tempat terang dan merakam tempat gelap, objek dalam tempat gelap tersebut tidak kelihatan.

Ini kerana kamera biasa mempunyai Dynamic Range yang rendah. Dynamic Range ialah julat diantara apabila kamera anda tidak dapat merakam tempat terang dengan apabila kamera anda tidak dapat merakam tempat gelap.

Dynamic Range yang tinggi adalah perkara paling penting untuk mendapat gambar sinematik sebenar dan Red Scarlet mempunyai keupayaan Dynamic Range yang tinggi.

4. Rekaan Modular

Ia direka secara modular di mana pengguna boleh memisahkan badan kamera, bateri, SSD (Red Scarlet merakam kedalam SSD), pemegang dan lensa. Ini membolehkan anda menyesuaikan kamera tersebut mengikut situasi dan keperluan anda dengan mudah.

Red Scarlet

Red Scarlet sememangnya sebuah kamera yang sangat hebat. Terdapat juga model kamera RED lain yang dinamakan Red Epic yang digunakan oleh Peter Jackson untuk merakam filem The Hobbit, namun kami akan membuat liputan tentangnya dalam artikel yang lain.

Akhir sekali harganya. Harga Red Scarlet (badan induknya sahaja) adalah USD7,950 dan jika dipakejkan dengan semua aksesorinya, ia boleh mencapai sehingga USD16,960. Angka ini mungkin mengejutkan ramai kerana jika ditukarkan kepada matawang Ringgit mampu mencecah RM50 ribu.

Oleh itu, anda dinasihatkan membeli kamera ini hanya jika anda benar-benar yakin bahawa produksi filem anda mampu mengaut keuntungan secukupnya dan boleh membayar harga kamera ini.

Maklumat lanjut atau jika anda berhajat untuk membeli kamera ini, anda boleh melayari laman web RED

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top