Kamera

Sony RX1-RII: Kamera Kompak 42.4MP

Sony Mengagumkan dunia fotografi dengan kamera mirroless A7 yang boleh mengambil video dalam bukan sahaja dalam keadaan kurang bercahaya, malah dalam keadaan gelap dan masih mengekalkan kualiti video yang tinggi. Kini Sony memperkenalkan Sony RX1-RII, sebuah kamera kompak 42.4MP.

Sony RX1-RII-970-80

Sony RX1-RII: Kamera Kompak 42.4MP

Kamera Sony RX1-RII dengan sensor iluminasi belakang bingkai penuh 42.4 MP yang merupakan sensor yang sangat hebat untuk sebuah kamera kompak. Sensornya meletakkan kamera in di tahap yang sama dengan kamera utama Sony A7R Mark II.

Seperti kamera utama itu, RX1-RII juga menyokong secara natif, julat sensitiviti antara ISO 100 – 25600 (boleh dikembangkan kepada 50 – 102400) dan pengambilan imej RAW 14bit. Ia dilengkapi lensa terpasang F2 Zeiss Sonnar T 35mm dan sebuah viewfinder elektronik OLED yang boleh dikeluarkan dan disimpan.

Sony juga telah menambah bilangan point AF (Auto Focus) focal-plane phase-detection kepada 399 yang menyelubungi 45% kawasan imej. Sony mendakwa model ini mempunyai AF 30% lebih pantas berbanding model sebelumnya,

Sony juga mendakwa model kamera ini merupakan yang pertama di dunia dilengkapi penyaring optikal laluan rendah boleh laras (variable optical low pass filter). Biasanya kamera dilengkapi dengan penyaring laluan rendah (atau juga dikenali sebagai penyaring anti-alising) bagi menghapuskan corak moiré yang timbul apabila mengambil pemandangan atau objek dengan corak berulang seperti garisan atau titik.

Walaubagaimanapun pengeluar kamera telah mengeluarkan penyaring ini untuk meningkatkan ketajaman dan butiran imej yang diambil. Tetapi RX1-RII didatangkan dengan opsyen untuk meningkatkan atau mematikan fungsi ini memberikan para jurugambar pilihan untuk menggunakannya atau tidak.

Kamera ini akan dijual di Amerika bermula November ini pada harga USD3,300 dan akan tiba di UK pada bulan Disember pada harga 2,600 pound. Namun Sony tidak menyebut bila kamera ini akan dipasarkan di Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top