Kamera

Video Dari Dron GoPro Didedahkan

GoPro akan melancarkan dron quadcopter keluarannya sendiri dijadualkan untuk dilancarkan menjelang pertengahan tahun hadapan. Walaupun rupa bentuk dron ini tidak diketahui, syarikat itu telah mendedahkan video yang diambil dari prototaip dron GoPro itu kepada umum.

Dron GoPro quadcopter video footage-970-80

Video Dari Dron GoPro Didedahkan

Menurut GoPro, video tersebut diambil menggunakan prototaip dron GoPro yang dipasang dengan GoPro Hero 4. Ia menunjukkan satu video berdurasi 2 minit yang lancar dan stabil, tanpa sebarang suntingan pasca produksi. Tetapi, selain mempamerkan kestabilan yang menakjubkan, tiada butiran lain mengenai dron tersebut didedahkan.

Video yang dimuatnaik ke Youtube itu hanya mempunyai resolusi maksimum 1440p dan bukan 4K. Walaubagaimanapun, umum tahu GOPro Hero 4 boleh mengambil video 4K, jadi butiran ini tidak begitu signifikan.

Apa pun, GoPro mungkin akhirnya akan melancarkan dron yang boleh digunakan dengan model kamera GoPro sediaada ataupun melancarkan barisan kamera baharu yang direka khas untuk dron. Semuanya spekulasi buat masa ini. Anda boleh menonton video yang diambil menggunakan dron tersebut di bawah. Ia benar-benar menakjubkan, memandangkan ia langsung tidak distabilkan atau diedit pasca produksi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top