Kamera

Video Kamera GoPro Ini Bertahan Setahun Di Dasar Laut

Minggu lepas seorang pengguna Youtube bernama Francis Darracott telah menemui sebuah kamera GoPro semasa memancing di pesisiran pantai England berhampiran Poole. Selepas setahun berada di dasar laut (diketahui berdasarkan data masa video tersebut) housing kalis air GoPro itu dimamah usia dan telah rosak, menyebabkan kamera itu dimasuki air masin. Namun videonya masih boleh dimain semula.

Kamera GoPro

Video Kamera GoPro Bertahan Setahun Di Dasar Laut

Video yang dipos oleh Darracott di laman Youtube miliknya menunjukkan 3 minit video kamera GoPro di dasar laut yang tidaklah begitu istimewa dan selepas itu tidak banyak yang berlaku, sebelum kemunculan seekor ketam yang menjadi tumpuan menarik video tersebut.

Kes ini menunujukkan betapa hebatnya ketahanan teknologi yang ada sekarang, walaupun kamera GoPro itu sendiri tidak berjaya bertahan selama 11 bulan berada di dasar laut. Kini Darracott ingin mencari pemilik sebenar GoPro itu untuk menyerah kembali kad MicroSD di samping GoPro yang telah hancur dimamah usia. Tetapi dari komen-komen di Youtube, dapat disimpulkan bahawa beliau telahpun berjaya menemui pemilik tersebut.

Ini juga menunjukkan jika anda kehilangan kamera di dasar laut, jangan bimbang. Berkemungkinan besar suatu hari nanti pasti seseorang akan menemuinya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top