Kamera

Xiaomi Mi Drone Dilancarkan Pada Harga Berpatutan

Xiaomi telah mengumumkan prduk dron terbaharunya Xiaomi Mi Drone yang menampilkan ciri-ciri penuh yang diharapkan dari sebuah dron tetapi pada harga yang mampu milik di mana versi 1080p dijual pada harga CNY2499 (RM1550 +/-) dan versi 4K dijual pada harga CNY 2999 (RM1860 +/-).

Mi_Drone-970-80

Xiaomi Mi Drone Dilancarkan Pada Harga Berpatutan

Harga Xiaomi Mi Drone adalah jauh lebih rendah berbanding model dron dari pengeluar dron lain seperti DJI Phantom yang berharga USD 700 – USD 1,500.

Mi_Drone_Cam-650-80

Walaupun dron ini lebih murah, ia tidak lokek dari segi ciri-ciri dan fungsinya. Ia dilengkapi gimbal 3-axis untuk kestabilan imej, pemantauan GPS dan pengurusan bateri pintar yang sentiasa memastikan terdapat cukup kuasa bateri untuk dron berkenaan kembali ke tuannya.

Mi Drone dibangunkan dengan rekabentuk modular dengan bahagian kaki yang boleh dilipat dan bilah kipas yang boleh ditanggalkan, membolehkan ia dibawa di dalam bag galas dalam perjalanan ke lokasi rakaman tanpa sebarang risiko kerosakan.

Walaupun dijangkakan ramai akan berminat mencuba dron terbaharu buata syarikat pengeluar telefon pintar tersebut, Mi Drone sebenarnya masih dalam peringkat pembangunan. Versi Beta dijangka dilancarkan sekitar musim panas (Julai/Ogos), tetapi tiada pengumuman bila dron ini akan dipasarkan di luar China.

Kami menjangkakan jika ia dijual secara global, dron ini bakal laris dan di Malaysia, dijangka semakin ramai yang akan memasuki bidang fotografi dron. Tidak dapat dinafikan juga permasalahan bakal berlaku di mana kerajaan mungkin akan memperkenalkan undang-undang berkaitan dron setelah bilangan penggunanya semakin ramai. Masih ingatkah anda kes pengguna dron yang mengambil video kapal terbang di lapangan terbang?

Apa pun, ia merupakan suatu produk yang ditunggu penggemar fotografi dan videografi. Kami anggarkan ia akan dipasarkan secara global menjelang cuti Krismas tahun ini. Tetapi itu pun kalau tiada masalah dialami. Jadi ada boleh mula menyimpan dari sekarang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top