Kamera

Z E1 : Pesaing GoPro Berkeupayaan 4K

Syarikat-syarikat kamera seperti Sony dan Panasonic telah mengeluarkan kamera yang berupaya merakam video dalam format Ultra HD. Malah GoPro juga telah mempunyai keupayaan itu sejak beberapa generasi produknya. Kini sebuah syarikat bernama Z telah mengeluarkan sebuah kamera berkeupayaan 4K yang mengambil kelebihan dari kamera aksi dan kamera digital konvensyonal. Ia dipanggil Z E1.

Z E1 Camera 2-970-80

Z E1 : Pesaing GoPro Berkeupayaan 4K

Dengan badan yang diperbuat daripada magnisium, kamera Z E1 mempunyai dua kali berat dan saiz sebuah GoPro. Namun, kamera ini masih boleh dimuatkan dalam poket dan didatangkan dengan sensor Micro Four-Thirds Panasonic yang lebih besar. Malah pengguna juga boleh memasang padanya lensa-lesa Olympus dan Panasonic yang menggunakan sistem Micro Four Thirds.

Z E1 Camera 1-650-80Dengan pemproses imej Ambarella A9, kamera ini berupaya merakam video 4k (4,096 x 2,160) pada kadar 24fps, atau video UHD(3,840 x 2,160) pada kadar 30fps. Ia juga berupaya merakam video HD penuh 1080p pada kadar 60fps. Syarikat Z Camera juga sedang dalam proses mengimplimenkan mod rakaman 120fps pada resolusi lebih rendah.

Dari segi foto pula, ia mampu mengambil gambar 16MP dalam format RAW atau JPEG. Prestasi dalam keadaan kurang bercahaya yang agak baik membolehkan ia mengekalkan kualiti gambar yang baik sehingga ISO 6,400. Ia mempunyai sensitiviti ISO maksimum 102,400.

Kamera ini juga dilengkapi skrin LCD untuk membuat komposisi imej. Namun oleh kerana resolusi skrinnya yang rendah (320 x 240), mungkin lebih baik jika aplikasi telefon pintar digunakan untuk menyambungkan telefon pintar kepada kamera tersebut.

Kamera ini dijangka dilancarkan pada bulan Disember ini pada harga USD699. Pada masa penulisan aritkel ini, ia sedang mengumpul dana melalui laman Kickstarter.com dan telah mengumpul sebanyak USD199,877, melebih sasaran yang diletakkannya iaitu USD42,000. Ia mempunyai 24 hari lagi masa tempahan, bagi mereka yang berminat.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top