Komputer

Acara Pelancaran Apple 27 Oktober

Mungkin sesetengah dari anda telah mendengar bahawa Apple akan mengadakan acara pelancaran produk pada hari Khamis ini, 27 Oktober (atau awal pagi Jumaat 28 oktober di Malaysia), di mana syarikat itu dijangka akan melancarkan produk Mac baharu.

Acara Pelancaran Apple-970-80

Acara Pelancaran Apple 27 Oktober

Namun, jika anda berharapakan menemui Apple iMac baharu pada acara ini, anda mungkin akan hampa kerana salah satu sumber maklumat utama mengenai produk Apple mengatakan acara yang akan diadakan ini akan mengfokuskan pada laptop sahaja.

Ming-Chi Kuo dari KGI Securities berkata acara pelancaran tersebut akan memperlihatkan laptop Macbook Pro 13 dan 15 inci baharu (lengkap dengan “Magic Toolbar”), di samping laptop MacBook Air 13 inci baharu.

Tetapi terdapat juga sedikit berita baik mengenai desktop. Ming-chi Kuo berkata iMac yang diperbaharui dan monitor 5K sedang dalam pembangunan dan tidak akan dilancarkan sehingga separuh pertama tahun hadapan. Ini selari dengan jadual pelancaran pemproses baharu Intel.

Bagi Macbook Pro, KGI Securitie menjangkakan ia akan hadir dengan port USB-C, pilihan 2TB SSD dan jangkahayat bateri yang menjangkaui laptop sebelum ini.  Ming-Chi Kuo ada menyebut bahawa kita mungkin akan mendengar mengenai iMac baharu, namun ia hanyalah kemungkinan kecil. Acara pelancaran kali ini sememangnya dikhaskan untuk pelancaran laptop baharu Apple.

Apa pun, segalanya akan didedahkan pada acara tersebut Jumaat pagi (waktu Malaysia).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top