Internet

Acara Pengenalan Microsoft Dipenuhi Inovasi Hebat

Microsoft telah membuka acara Build 2016 anjurannya dengan acara pengenalan Microsoft yang memperkenalakan produk-produk dan inovasi terkini dari syarikat berkenaan.

Microsoft

Acara Pengenalan Microsoft Dipenuhi Inovasi Hebat

Di kala dunia mempersoalkan kebolehan Microsoft untuk melakukan inovasi, acara pengenalan Microsoft di Build 2016 telah memperkenalkan pelbagai inovasi hebat dari syarikat berkenaan yang mampu menjadi game changer di arena teknologi. Di sini kami menyenaraikan perkembangan paling menarik di acara berkenaan.

Windows 10 Anniversary Update

Kemaskini Windows 10 Anniversary Update atau nama kodnya Redstone akan hadir musim panas ini (sekitar Julai – Ogos) dan membawa pelbagai ciri baharu yang menarik. Paling prominen ialah fungsi Ink yang akan meletakkan penggunaan pen stylus pada Windows sebagai keutamaannya.

Ini membolehkan interaksi antara komputer dan manusia meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, dalam aplikasi Sticky, iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna meletakkan mesej peringatan di desktop, pengguna kini boleh menulis mesej seperti “call my mom tomorrow” (telefon ibu esok) dan Cortana akan membaca dan memahami mesej “tomorrow” sebagai satu tarikh, kemudian membuat satu peringatan di kalendar.

Mengguna juga boleh meletakkan penanda pada aplikasi peta menggunakan pen. Dalam sebarang aplikasi penulisan, pengguna boleh memadam satu perkataan dengan hanya memangkah perkataan tesebut, manakala untuk memadam satu perenggan, pengguna hanya perlu menconteng pada perenggan berkenaan untuk memadamnya.

Lukisan anda juga dapat diperhebatkan lagi dengan penggunaan pembaris maya untuk membuat garis lurus atau menggunakan French Curve untuk membuat lengkungan. Pendek kata, Microsoft mahu penggunaan pen dan tablet semudah menggunakan pend dan kertas.

Selain itu Cortana juga telah dipertingkatkan dengan kebolehan memembaca email dan memahami konteksnya serta bertindak keatasnya. sebagai contoh, jika satu email yang diterima meminta maklumat alamat pejabat, Cortana boleh membalasnya dengan hanya meminta kebenaran pengguna.

Cortana juga boleh membuat temujanji mesyuarat serta menyertakan dokumen Powerpoint bersama email secara automatik sebelum mesyuarat berkenaan. Dengan kata lain, Cortana telah menjadi pembantu peribadi sebenar pengguna.

Kemaskini ini juga tidak tertakluk hanya kepada PC, malah ia dipanjangkan kepada Xbox One, di mana kini pengguna Xbox One boleh menjadikan peranti standard mereka peranti pembangun perisian pada bila-bila masa.

Hololens

hololens-render-dev-kit-650-80

Microsoft juga telah mengumumkan ia telah mula mengedarkan peranti Hololens kepada pembangun perisiannya dan ia akan tiba ke tangan pihak berkenaan tidak lama lagi. Syarikat itu juga telah mengumumkan barisan rakanniaganya yang akan berkerjasama untuk membangunkan aplikasi Hololens yang kini telah dinaiktaraf dan tidak lagi menggunakan kabel.

hololens-partner-companies-650-80

Ia juga telah menjemput dua orang doktor untuk membuat demonstrasi bagaimana menggunakan Hololens untuk mengajar dalam bidang perubatan.

build-2016-hololens-medical-970-80

Microsoft Bots & Skype Video Bots

Konsep Bots merupakan inovasi paling besar diperkenalkan oleh Microsoft pada acara ini. Bots adalah program kepintaran buatan (AI) yang mampu belajar dari interaksinya dengan manusia. Bot ini boleh diprogramkan untuk menjalankan pelbagai tugasan seperti sebagai pelayan pelanggan secara online atau menerima tempahan hotel.

dominos-build-970-80

Microsoft telah memperkenalkan rangka kerja pembangunan Bot untuk Skype, Slack dan juga untuk memesan pizza menggunakan Skype dan SMS. Pengguna akan berinteraksi dengan bot untuk memesan jenis pizza dan bot akan merespon dengan pertanyaan berkaitan pesanan tersebut. Bot juga boleh diajar untuk memahami bahasa selanga (slang) untuk lebih memahami pengguna.

Syarikat itu membayangkan masa depan di mana semua interaksi antara syarikat dengan pelanggan dilakukan melalui Bot yang bakal menggantikan jurujual. Ia sememangnya satu teknologi yang bakal mengubah landskap dunia perniagaan.

captionbotinfo-build-650-80

Syarikat berkenaan juga telah membuat demonstrasi Captain Bot, sebuah program bot yang mampu mengenali objek dalam gambar. Sebagai contoh jika ia diberi satu gambar yang mengandungi kerusi, meja dan komputer, ia akan dapat mengecam semua objek berkenaan dan juga mengeluarkan nilai kepastiannya terhadap pengecaman objek-objek berkenaan. Teknologi ini boleh digunakan untuk membantu orang buta untuk memahami keadaan di sekelilingnya.

Begitulah antara produk dan inovasi menarik yang diperkenalkan Microsoft dalam acara tempoh hari. Kami melihat syarikat berkenaan tampil dengan pelbagai inovasi baharu yang tidak diperlihatkan sebelum ini. Namun apa yang membuat kami takjub ialah teknologi Bot di mana, kami pasti ia bakal membawa perubahan kepada bagaimana syarikat berinteraksi dengan pelanggan mereka samada dari segi jual beli mahupun perkhidmatan pelanggan. Tambahan pula rangka kerja yang dikeluarkannya membolehkan mana-mana syarikat memembangunkan bot mereka sendiri.

2016 kelihatan seperti tahun yang baik untuk inovasi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top