Acer Mengiklankan Laptop Bersama Star Trek

Dalam satu kempen periklanan, Acer mengiklankan laptop Windows 8 terbaru keluarannya bersama-sama filem Star Trek: Into Darkness. Kempen”Explore Beyond Limits” itu memaparkan beberapa babak filem Star Trek itu dengan beberapa gambar produknya itu.

Acer

Acer Mengiklankan Laptop Bersama Star Trek

Laptop yang tidak diberi nama itu dilihat boleh bertukar daripada sebuah laptop kepada sebuah komputer yang kelihatan seperti desktop dengan satu “tengkuk” pada skrinnya yang membolehkan skrinnya itu dilaraskan lebih tinggi daripada skrin laptop biasa.

Laptop ini lebih tebal daripada laptop biasa, namun ukuran tepatnya belum lagi diketahuikan sehingga pengumuman rasmi produk itu pada 3 Mei ini.

Walaubagaimanapun, tiada persamaan yang munasabah antara laptop itu dengan filem Star Trek bagi membolehkan ia diiklankan dalam iklan yang sama. Mungkin apabila laptop ini dibuka dengan tengkuk pada skrinnya kelihatan seperti kapal angkasa dalam filem Star Trek. Namun itu tidak menghalang Acer untuk berkongsi populariti dengan filem yang diminati ramai itu.

Star Trek : Into Darkness akan muncul di pawagam mulai 17 Mei 2013.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Komputer

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
 
 

Ruangan Perkenalan