Komputer

AMD Memperkenalkan Versi Asas Ryzen Threadripper 1900X

Walaupun AMD belum mula menjual pemproses Ryzen Threadripper secara rasmi, ia masih sempat lagi memperkenalkan satu lagi versi pemproses tersebut iaitu versi asas Ryzen Threadripper 1900X pada harga USD 549, iaitu hanya USD50 melebihi harga pemproses Ryzen 7 1800X yang merupakan pemproses Ryzen 7 termahal setakat ini.

Ryzen Threadripper 1900X

AMD Memperkenalkan Versi Asas Ryzen Threadripper 1900X

Sungguhpun demikian, mungkin tidak ramai yang merasakan ia satu tawaran yang berbaloi, memandangkan Ryzen Threadripper 1900X hanya menawarkan peningkatan 0.1GHz kepada frekuensi asas dan frekuensi makasima sama iaitu 4.0GHz.

Walaubagaimanapun, peningkatan terbesar yang dibawa oleh sistem Threadripper adalah cipset X399 yang dipertingkatkan secara signifikan dengan memori 4 saluran dan 64 lorong PCI yang penting untuk mereka yang ingin menambahkan berbilang kad grafik atau lebih dari dari satu SSD pantas kepada sistem mereka.

Pemproses Threadripper 1900X ini akan mula dijual pada 31 Ogos ini.

Namun, pemproses AMD Threadripper ini belum diuji secara bebas oleh pihak-pihak pakar, jadi semua angka prestasi yang diterbitkan AMD tidak boleh ditelan bulat-bulat sehingga pengujuan dibuat.

Selain mengumumkan pemproses baharu ini, AMD turut mengumumkan tarikh mula jualan yang lebih kukuh, iaitu 10 Ogos, untuk pemproses Ryzen Threadripper 1950X dan 1920X. Pelancaran itu disertakan dengan beberapa hasil ujiannya dengan pemproses pesaing Intel Core i9-7900X. AMD mendakwa pemproses 1950X dan 1920X mengalahkannya dalam ujian Cinebench nT, masing-masing sebanyak 38% dan 11%.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top