Komputer

AMD Mendedahkan Butiran Ryzen Pro

Ryzen 3

AMD telah mengadakan acara pelancaran barisan pemproses Ryzen Pro yang disasarkannya untuk komputer bertaraf enterprise. Barisan pemproses in termasuk Ryzen 7 Pro, Ryzen 5 Pro dan menariknya turut menyertakan Ryzen 3 Pro (Ryzen 3 asas belum dilancarkan setakat ini).

Ryzen Pro

AMD Mendedahkan Butiran Ryzen Pro

Menariknya di sini ialah pemproses Ryzen 3 belum lagi dilancarkan secara komersial sebelum AMD mendedahkan Ryzen 3 Pro. Setakat ini, apa yang diketahui mengenai Ryzen 3 ialah ia dibangunkan untuk menyaingi pemproses Core i3 dari Intel dan akan dilancarkan sekitar suku ketiga 2017 (sekitar penghujung September).

Acara pelancaran Ryzen Pro ini mendedahkan dua CPU Ryzen 3 iaitu Ryzen 3 Pro 1200 dan Ryzen 3 Pro 1300. Kedua-duanya merupakan pemproses 4 teras sebenar dengan TDP 65-watt dan saiz cache 2MB L2/8MB L3. Beza antara keduanya adalah kelajuan jamnya, di mana Ryzen 3 Pro 1200 berkelajuan antara 3.1GHz dan 3.4GHz, manakala Ryzen 3 Pro 1300 mempunyai kelajuan jam antara 3.5GHz dan 3.7GHz.

Sebagai perbandingan, pemproses Intel Core i3 Kaby Lake mempunyai kelajuan jam yang lebih tinggi, tetapi hanya mempunyai dua teras fizikal disokong oleh ciri Hyperthreading membolehkannya mempunyai dua lagi teras maya.

Berikut adalah graf perbandingan Ryzen 3 Pro 1300 dengan Intel Core i3-7100. Walaupun perbandingan ini antara model Ryzen 3 Pro model teratas dengan model asas Core i3, ia tetap memperlihatkan satu perbezaan ketara antara keduanya.

Bagi pengguna bukan entreprise, tiada jaminan model Ryzen 3 asas akan mempunyai spesifikasi sama dengan Ryzen 3 Pro, namun jika dilihat pada Ryzen 5 Pro dan Ryzen 7 Pro, kedua-duanya mempunyai spesifikasi sama dengan Ryzen 5 dan Ryzen 7 model asas. Jadi terdapat kemungkinan besar Ryzen 3 mempunyai spesifikasi sama dengan model Pro. Walaubagaimanapun, harganya belum didedahkan lagi.

Agak menakjubkan untuk AMD menawarkan ciri-ciri entreprise pada pemproses paling bajetnya, Ryzen 3. Untuk perbandingan, Intel tidak menawarkan ciri-ciri entreprise, vPro, pada pemproses Core i3 keluarannya. Ryzen Pro menambahkan pada pemprosesnya fungsi keselamatan dan enkripsi, ketersediaan terjamin yang lebih lama dan kestabilan imej, pengurusan DASH, jaminan 36 bulan dan banyak lagi.

Berikut merupakan jadual pemproses Ryzen Pro yang ditawarkan:

Namun pemproses ini tidak akan ditawarkan dengan begitu cepat. Ia dijangka akan hanya memasuki pasaran selepas separuh kedua 2017.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top