Komputer

Apple Mac Pro Akan Dilancarkan Musim Luruh 2013?

Mac Pro

Komputer desktop professional Apple terbaru, Mac Pro akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini, menurut iklan yang disiarkan di panggung wayang di Amerika Syarikat hujung minggu lepas.

Mac Pro

Apple Mac Pro Akan Dilancarkan Musim Luruh 2013?

Laman web Macrumors mendapat laporan daripada para penonton wayang di Amerika bahawa mereka telah menonton iklan bagi komputer Mac Pro terbaru di panggung wayang hujung minggu lepas. Iklan tersebut diakhiri dengan ayat “Fall 2013” (musim luruh 2013).

Semasa pengumuman produk tersebut di acara WWDC 2013, Apple telah memberi komitmen untuk melancarkan desktop dengan rekabentuk inovatif ini lewat tahun ini dan syarikat itu berharap dengan pelancaran Mac Pro ini, pasaran PC desktop dapat dirancakkan semula.

Mac Pro menampilkan rekabentuk radikal berbanding desktop biasa di mana komputer desktop ini berbentuk silider berwarna hitam dan mempunyai siz yang jauh lebih kecil daripada model Mac Pro sebelumnya.

Model desktop ini dilengkapi pemproses Intel Xeon E5 yang menyokong sehingga 12 core, GPU kelas workstation AMD FirePro dan 1,866MHz DDR3 RAM yang boleh mecapai kadar lebar jalur memori sepantas  60GBps.

Desktop ini juga mampu mengedit dan render video 4K, sesuatu yang amat berguna kepada pembikin filem yang ingin mengedit filem mereka dalam resolusi tinggi tersebut.

Walaupun saiznya telah dikecilkan, namun bilangan portnya tidak dikompromi. Ia mempunyai  banyak port, antaranya dua port Thunderbolt 2 yang menyokong 6 buah peranti yang dipasang secara daisy-chained.

Ekoran penyiaran iklan ini, dijangka Apple akan membuat mengumuman mengenai tarikh pelancaran Mac Pro bersama-sama pengumuman iPhone 5S dalam acaranya yang dijangka akan diadakan pada 10 September ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top