Komputer

Apple Melancarkan Pelbagai Perisian dan Perkakasan Di WWDC 2017

Awal pagi tadi, Apple telah mengadakan acara ucaptama WWDC 2017 di mana ia memperkenalkan pelbagai perisian dan perkakasan baharu. Terdapat terlalu banyak perkara menarik yang disebut, jadi cukuplah jika anda menonton video acara tersebut yang dipadatkan dari rakan-rakan di The Verge.

WWDC 2017

Apple Melancarkan Pelbagai Perisian dan Perkakasan Di WWDC 2017

Antara butiran penting di acara ini adalah:

  • Versi baharu MacOS High Sierra akan diterbitkan musim luruh ini (sekitar September) dengan ciri baharu seperti sistem fail baharu AFS (Apple File System), di samping naiktaraf antaramuka yang lebih mesra pengguna.
  • Laptop Macbook dan Macbook Pro baharu dengan pemproses Intel Core Kaby Lake.
  • iMac baharu juga dilancarkan juga dengan pemproses Kaby Lake dan ked grafik AMD Radeon Pro.
  • iMac Pro diperkenalkan dengan pemproses Intel Xeon sehingga 18 Core dan AMD Vega Graphics.
  • Apple memberikan fokus kepada pembangunan kandungan VR dan AR serta memperkenalkan API Metal 2 yang memberikan prestasi grafik yang lebih baik.
  • Speaker pintar HomePod diperkenalkan.
  • iPad Pro baharu juga diperkenalkan dengan rekabentuk dengan bingkai yang nipis dan pemproses Apple A10X.
  • iOS 11 Beta dilancarkan dan akan diterbitkan untuk umum dalam musim luruh ini. Ia memperkenalkan buat pertama kali aplikasi Folders yang membolehkan pengguna memanipulasi fail secara lebih bebas.
  • Pengguna Apple Pay kini juga boleh mengahantar wang kepada individu melalui app messages.

Pendek kata acara WWDC 2017 ni sememangnya antara pembangun Apple paling menarik di mana semua perancangan Apple untuk masa depannya dibentangkan. Amat menarik untuk melihat apa yang akan dibangunkan pembangun menggunakan semua perisian dan perkakasan yang dilancarkan pada acara tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top