Komputer

Apple Menghentikan Sementara Jualan Monitor 5K UltraFine

Apple dilaporkan telah menghentikan sementara jualan monitor 5k UltraFine berikutan masalah gangguan isyarat router WiFi yang dialaminya.

Apple Menghentikan Sementara Jualan Monitor 5K UltraFine

Menurut Business Insider, monitor 5K UltraFine tidak lagi dijual di Apple Store. Ia masih dipamerkan di gedung tersebut, namun, jika pelanggan mahu membelinya, mereka tidak boleh membelinya. Khabarnya, Apple sedang menunggu stok monitor yang telah diperbaiki. Pengeluarnya, LG, sedang memperbaiki rekabentuk monitor tersebut bagi menyelesaikan masalah yang dialaminya.

Business Insider dikhabarkan mengenai perkembangan ini dari sumbernya dan kemudian menghubungi sebuah cawangan Apple Store di mana pegawainya mengesahkan polisi penangguhan jualan itu telah berlangsung.

Di atas talian pula, pelanggan masih boleh menempah monitor tersebut di Apple Online Store, tetapi masa menunggunya antara 5-6 minggu. Dijangkakan inilah jangkamasa Apple menjangkakan ia akan memperolehi stok monitor yang baharu dan diperbaiki. Sebenarnya, syarikat itu telah memanjangkan jangkamasa menunggu itu minggu lepas di mana polisi penangguhan itu berkuatkuasa bermula penghujung minggu lepas.

Masalah dengan monitor itu dilaporkan beberapa minggu lalu di mana gambar monitor itu akan berkelip dan kadang-kala hilang akibat gangguan daripada isyarat router WiFi yang diletakkan berhampiran monitor itu. Masalah ini disahkan LG dan mereka telah tampil dengan penyelesaian iaitu dengan mempertingkatan perlindungan isyarat pada monitor itu, termasuk yang telah dibeli pelanggan, tetapi ia mengambil masa untuk dilaksanakan.

Mujurlah monitor in belum dijual di Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top