Komputer

Apple Sedang Membangunkan Mac Pro Baharu

Mac Pro yang sedang dijual sekarang telah dilancarkan empat tahun yang lalu dan ramai pengguna, terutamanya pengguna professional, telah mula merungut tentang kelewatan Apple menaiktaraf produknya yang sepatutnya dilengkapi spesifikasi tercanggih dan terbaik. Namun kini Apple telah mengumumkan bahawa ia sedang membangunkan Mac Pro generasi terbaharu yang akan dilancarkan pada tahun 2018 dan juga Apple iMac generasi baharu yang akan dijual pada tahun ini.

Apple Sedang Membangunkan Mac Pro Baharu

Mashable melaporkan bahawa dalam satu mesyuarat pengurusan teratas, termasuk ketua bahagian pemasarannya, Phil Schiller yang dipetik berkata, syarikat itu sedang berusaha “mereka semula Mac Pro secara total”. Iterasi terkini komputer itu kini berusia empat tahun dan pada ketika ia dilancarkan ia menampilkan rekabentuk dramatik berbentuk silinder sehingga digelar Mac “bakul sampah” kerana rekabentuknya menyerupai bakul sampah.

Craig Federighi Timbalan Presiden kejuruteraan perisian dan Ternus Naib Presiden kejuruteraan perkakasan juga menghadiri mesyuarat tersebut dan mengakui bahawa Mac Pro tidak menepati keperluan pengguna yang hendak ia sasarkan.

Masalahnya bukanlah berpunca dari rekabentuk bakul sampah yang digunapakainya, sebaliknya produk tersebut cuba menjadi penyelesaian semua dalam satu bagi pengguna professional, walaupun terdapat pelbagai bidang professional di dunia ini. Dengan kata lain Mac Pro ini tidak mempunyai kebolehan untuk diubuahsuai sendiri pengguna mengikut keperluan mereka.

Jadi, dengan mengambil kira semua poin berkenaan, dijangka Mac Pro baharu ini dijangka mempunyai kebolehan yang lebih untuk diubahsuai pengguna dan seperti biasa, mempunyai rekabentuk yang radikal hasil kreativiti pasukan rekabentuk Jony Ive.

Model asas komputer berkenaan dikatakan akan dilengkapi dengan pemproses Xeon 6 teras dan dari segi grafik ia akan dilengkapi dengan dua kad grafik Fire Pro D500 sementara model teratas akan dilengkapi pemproses Xeon 8 teras dengan kad grafik Fire Pro D700. Harganya dijangka kekal, masing-masing  pada USD 2,999 dan USD 3,999.

Info iMac

Suatu poin yang menarik mengenai iMac berkaitan mengapa Mac Pro mendapat prioriti rendah dalam pembaharuan barisan produk Apple. Rupa-rupanya, semakin ramai pemgguna profesional beralih kepada penggunaan iMac yang berspesifikasi tinggi berbanding Mac Pro dan perkara ini telah menyebabkan Apple mengambil keputusan untuk memikirkan semula Mac Pro untuk menjadikannya lebih berbaloi untuk dibeli golongan profesional berbanding iMac.

Walaupun Apple belum mengeluarkan sebarang petunjuk mengenainya, iMac generasi dijangka akan memberi lebih perhatian kepada pengguna profesional dengan meningkatkan kebolehannya dengan melengkapkannya dengan pemproses dan perkakasan terbaharu. Namun belum diketahui bagaimana perubahan dari segi rekabentuknya akan dilakasanakan.

Ternyata Apple semakin menyedari ia telah mengabaikan sebahagian penggunanya, terutamanya pengguna professional yang benar-benar mahukan sesuatu yang boleh membantu mereka melakukan kerja dengan lebih cepat dan baik.

Apa yang menarik untuk dilihat adalah bagaimana Apple akan mereka semula Mac Pro supaya ia tidak bersaing dengan iMac untuk perhatian golongan profesional. Kita tunggu dan lihat apa yang dilakukan Apple nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top