Komputer

Benchmark AMD Ryzen R7 1700X Bocor Ke Web

Nampaknya rakan-rakan di XFastest telah mendapat pemproses AMD Ryzen R7 1700X dan menjalankan beberapa benchmark ke atasnya. Benchmark ini termasuk 3DMark Fire Strike, CPU Mark, dan Cinebench R15. Ini dikatakan benchmark pertama dilakukan ke atas pemproses berkenaan.

AMD Ryzen R7 1700X

Benchmark AMD Ryzen R7 1700X Bocor Ke Web

Ujian pertama ialah 3DMark Fire Strike (gambar di atas), di mana AMD Ryzen R7 1700X mendapat 17,916 mata untuk Physics. Jika dilihat pada tangkapan skrin CPU-Z di atas, pemproses itu sebenarnya berfungsi pada frekuensi 3.9 GHz (400MHz lebih dari kelajuan asasnya, 3.4 GHz). Tidak jelas samada ia merupakan overclock yang dibuat secara manual atau fungsi overclock automatik XFR pada cip itu sendiri.

Kemudian, ujian CPU Mark (gambar di atas), di mana ia mendapat 583 mata. Kini dilihat pula frekuensi pemproses tersebut turun semula ke 3.5GHz. Ini membuktikan fungsi overclock XFR dibolehkan pada CPU ini.

Akhir sekali, ujian Cinebench R15, yang telah menjadi standard untuk menguji prestasi teras tunggal dan berbilang teras. CPU berkenaan sekali lagi beroperasi pada kelajuan 3.5GHz. Keputusan ujian berbilang-thread Cinebenchnya adalah 1537 manakala keputusan untuk thread-tunggal adalah 154. Itu satu keputusan yang hebat! Bagi mendapat gambaran kehebatannya, berikut adalah keputusan bagi ujian Cinebench R15 bagi pelbagai jenis pemproses di pasaran, diambil dari laman Anandtech.

Jika dilihat kepada keputusan ujian Cinebench R15 bagi R7 1700X, ia adalah setanding dengan Intel i7-6900K, walaupun ia kalah sedikit dalam keputusan ujian berbilang-thread. Ini mungkin berpunca dari perbezaan dalam sistem yang digunakan dalam ujian. Tetapi apa yang pasti, pemproses R7 1700x dengan TDP 95w mampu bersaing dengan i7-6900K dengan TDP 140w! Sekarang, mari lihat keputusan ujian Cinebench R15 untuk AMD Buldozer (senibina pemproses AMD terdahulu).

Dilihat bahawa AMD Ryzen R7 1700X 95w mendapat mata 40% lebih baik dalam ujian thread-tunggal berbanding  pemproses FX 9590 yang berfungsi pada 5GHz dengan TDP 200w. Dalam ujian berbilang-thread dengan SMT (16 teras logik), pemproses R7 1700X mendapat mata 110% lebih baik berbanding FX9590!

Dari keputusan ujian ini, jelas sekali AMD telah berjaya meningkatkan prestasi dan efisyensi pemprosesnya dengan drastik sekali untuk menjadikannya pengeluar pemproses yang kompetatif di pasaran. Tambahan pula dengan senarai harga yang dibocorkan baru-baru ini, Intel sememangnya mempunyai sebab-sebab untuk panik.

CPU Teras/Thread Frekuensi Asas Frekuensi Turbo Frekuensi XFR Harga
Ryzen 7 1800X 8/16 3.6GHz 4.0GHz 4.0GHz+ USD495
Ryzen 7 1700X 8/16 3.4GHz 3.8GHz 3.8GHz+ USD389
Ryzen 7 1700 8/16 3.0GHz 3.7GHz USD319
Ryzen 5 1600X 6/12 3.3GHz 3.7GHz 3.7GHz+ USD259
Ryzen 5 1500 6/12 3.2GHz 3.5GHz USD229
Ryzen 5 1400X 4/8 3.5GHz 3.9GHz 3.9GHz+ USD199
Ryzen 5 1300 4/8 3.2GHz 3.5GHz USD175
Ryzen 3 1200X 4/4 3.4GHz 3.8GHz 3.8GHz+ USD149
Ryzen 3 1100 4/4 3.2GHz 3.5GHz USD129
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top