Blade 13 Carbon : Laptop Paling Nipis Di Dunia

Pengeluar laptop Taiwan yang kurang ternama, Inhon mendakwa laptop baru yang dilancarkannya, Blade 13 Carbon merupakan laptop paling nipis di dunia dan mengatasi Macbook Air.

Blade 13 Carbon

Blade 13 Carbon : Laptop Paling Nipis Di Dunia

Peranti 13 inci Windows 8 itu mempunyai ketabalan hanya 12.88mm yang menurut syarikat itu, 2mm  lebih nipis daripada pencabar terdekatnya, NEC Lavie X. Dengan berat hanya 1.9paun (870g), ia dikatakan 1 paun lebih ringan berbanding Macbook Air dan mengalahkan pencabar terdekatnya NEC Lavie Z dengan perbezaan 5 gram.

Walaupun mempunyai kerangka yang nipis, ia masih mampu menampilkan spesifikasi yang menarik. Ia dilengkapi skrin HD 1080p, pemproses i5 atau i7, 256GB SSD dan 4GB RAM.

Blade 13 Carbon belum diumumkan untuk penjualan antarabangsa namun laporan laman web Engadget mengatakan ia akan dijual di pasaran Taiwan pada harga USD1,350 . Terdapat juga model yang diperbuat daripada gentian kaca dengan resolusi skrin 1600 x 900 yang berharga USD1,000, namun model ini mempunyai berat 2.6 paun.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Komputer

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • siti aisyah: apesal pulak biarlah dia nak jual.telefon dia yang nak jual …
  • iMyn: Ada bro. Saya tgk kat kedai game ada jual. Tak pun try tgk k…
  • wan: salam bro..sekarang ni console xbox one ada jual ke kat mala…
  • fata: hi, saya dari indonesia. boleh kunjung ke website saya http:…
  • hpmurah2u: alahainya cantiknya Speaker Samsung di atas tu.. …
  • iMyn: Sorry bro, ni problem luarbiasa ni. Tak dapat nak tolong. ke…
  • haziq: RM0.00 Dear Mohd, Sorry! The Cun Plan is not applicable for …
 
 

Ruangan Perkenalan