Komputer

Cakera Keras Terbesar Dunia Ultrastar He12 Mula Dijual

Western Digital mengumumkan ia kini mengedarkan cakera keras berjenama HGST Ultrastar He12, sebuah cakera keras berasaskan Helium “Helioseal” berkapasiti 12TB.

Ultrastar He12

Cakera Keras Terbesar Dunia Ultrastar He12 Mula Dijual

Ultrastar He12 meupakan generasi keempat cakera keras Helium yang dibangunkan menggunakan teknologi PMR (perpendicular magnetic recording) dan dibuat untuk ketahanan yang terbaik. Memang munasabah memandangkan ia disasarkan kepada pengguna korporat. Namun ia juga memberi gambaran apa yang dikeluarkan untuk segment konsumer.

Cakera keras ini mempunyai masa di antara kerosakkan yang hebat iaitu 2.5 juta jam. Ini bermakna satu kerosakan dilaporkan hanya dalam masa 2.5 juta jam ia berfungsi.

Western Digital mendakwa cakera keras itu merupakan yang pertama menggunakan rekabentuk 8 cakera dan berbanding model 7 cakera yang dikeluarkannya, ia mampu menyimpan 20% lebih banyak data iaitu 12TB berbanding 10TB sebelumnya.

Ia juga tidak menggunakan tenaga yang banyak, di mana ia menggunakan 54% kurang tenaga berbanding model cakera keras berisi udara 8TB biasa.

Cakera keras ini juga didatangkan dalam dua antaramuka iaitu SATA (6Gb/S) atau SAS (12Gb/S) dan merupakan sebuah pemacu yang menyulit secara automatik serta dilengkapi ciri “secure instant erase” yang memadam cakera secara keseluruhannya sebelum ia dipasang semula di tempat atau server lain.

Walaupun teknologi cakera keras Helium masih terlalu mahal untuk konsumer biasa, Western Digital yakin ia akan menjadi standard terbaharu di kalangan pengguna biasa suatu hari nanti di mana harganya akan menjadi lebih mampu milik semakin ia menjadi popular.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top