Komputer

Dell XPS 13 2 in 1 Merupakan Laptop Hybrid Terkecil

Laptop Dell XPS 13 dengan skrin hampir tanpa bingkai telah menjadi kegemaran ramai sejak beberapa tahun lalu dan kini ia mempunyai saudara baharu iaitu Dell XPS 13 2 in 1.

Dell XPS 13 2 in 1

Dell XPS 13 2 in 1 Merupakan  Laptop Hybrid Terkecil

Tidak seperti pengeluar laptop lain, Dell bukan hanya meletakkan engsel baharu dan melabelkannya sebagai sebuah hybrid. Sebaliknya Dell XPS 13 2 in 1 merupakan sebuah laptop baharu yang lebih nipis dan ringan dengan ukuran 0.54 inci tebal dan 2.7 paun berat.

Dell mendakwa ia merupakan laptop hybrid paling kecil di pasaran. Secara keseluruhan, ia 15% lebih kecil dari HP Spectre 360 dan 17% lebih kecil dari Lenovo Yogo 910.

Untuk itu, Dell telah menukar pemproses Kaby Lake yang terdapat pada model bukan hybrid dengan pemproses jimat tenaga Intel Core i5-7Y54 dan Core i7-7Y75 pada model hybrid itu. Selari dengan kenipisannya, ia juga kehilangan kesemua port USB saiz penuh dan hanya mempunyai slot kad MicroSD berbanding kad SD.

Sungguhpun demikian, ia tetap mempunyai keyboard bercahaya dan trackpad yang boleh klik, tidak seperti kebanyakan laptop ultra nipis. Selain itu, anda juga boleh mengubahsuainya dengan pelbagai konfigurasi termasuk SSD 1TB dan 16GB DDR4 RAM. Ia juga mempunyai kamera infra merah membolehkan anda log masuk ke komputer menggunakan fungsi Windows Hello.

Seperti biasa, bingkai skrin 5.2mm InfinityEdge Dell digunapakai pada laptop ini termasuk lapisan Gorilla Glass baharu untuk melindungi skrinnya. Laptop ini akan dijual bermula 5 Januari pada harga USD999.

Di samping laptop hybrid tersebut, Dell juga melancarkan monitor HDR Dell Ultrathin 27-inch S2718D. Ia menawarkan resolusi QHD 2,560 x 1,440 dan liputan 99% sRGB serta merupakan monitor dengan warna paling tepat dan dengan rekabentuk tercantik setakat ini. Tambahan pula ia mengintegrasikan sambungan tunggal USB-C bagi data/paparan/pengurusan kabel kuasa.

Monitor ini akan mula dijual mulai 23 Mac pada harga USD699.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top