Komputer

Gambar Surface Keyboard Bocor Ke Web

Gambar peranti Surface Keyboard telah dibocorkan hasil pemfailan peranti itu dengan badan kawalselia US, FCC (Federal Communications Commission), tambahan pula, sebuah Surface Mouse juga sedang dalam pembangunan.

surface-keyboard-fcc-image-970-80

Gambar Surface Keyboard Bocor Ke Web

Windows Central menemui gambar tesebut yang dapat dilihat di atas dan laman web tersebut juga berjaya mendapat gambar promo peranti tersebut yang menunjukkannya secara dekat. Ia dapat dilihat di bawah.

Dipercayai bahawa terdapat dua model Surface Keyboard: salah satunya di dalam gambar di atas yang menunjukkan peranti keyboard yang nipis dan diselaraskan , dan satu lagi merupakan keyboard Bluetooth ergonomik yang dikhabarkan sejak minggu lepas. Dijangkakan model kedua itu merupakan yang lebih mahal.

Windows Central juga mendakwa terdapat juga peranti mouse yang akan menyertai 2 peranti keyboard berkenaan yang kelibatnya dapat dilihat di bahagian penjuru kanan bawah gambar di bawah ini. Kesemua peranti itu akan menampilkan kemasan berwarna kelabu.

Surface Keyboard

Pemfailan Bluetooth SIG sebelum ini membayangkan bahawa keyboard ergonomik itu akan menggunapakai teknologi Bluetooth LE 4.2 dan menurut pemfailan FCC terbaharu, kedua-dua keyboard dan mouse itu akan dikuasakan bateri AA.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi, dan berkemungkinan besar akan dilancarkan bersama-sama Surface PC, sebuah PC semua dalam satu yang akan dilancarkan penghujung bulan ini, menurut khabar angin. Keyboard nipis dan mouse berkenaan dijangka akan disertakan dengan PC itu.

Menurut spekulasi Surface PC merupakan sebuah PC modular di mana komponennya umpama kepingan Lego yang boleh ditukar ganti apabila perlu, sekaligus memudahkan proses naiktaraf.

Ini merupakan satu konsep yang radikal. Oleh sebab itu ia berkemungkinan hanya khabar angin dan apa yang dilancarkan Microsoft kelak hanya sebuah PC semua dalam satu konvensyonal, itu pun jika benar ia dilancarkan. Apa yang pasti, keyboard dan mouse berjenama Surface sememangnya akan dilancarkan dan secara logiknya ia tentu akan dilancarkan bersama sebuah PC. Apa pun, kita akan melihatnya tidak lama lagi.

Kredit gambar -Windows Central

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top