Komputer

Gambar Touch Bar OLED Pada MacBook Pro 2016 Bocor

Khabar angin mengenai touch bar OLED pada Macbook Pro 2016 telah lama diketahui sejak beberapa bulan lalu, namun ramai masih kurang pasti mengenai kesahihannya. Tetapi kini segala kesangsian telah ditamatkan dengan kebocoran gambar Macbook Pro 2016.

macbook-pro-2016

Gambar Touch Bar OLED Pada MacBook Pro 2016 Bocor

MacRumors telah memperolehi dua keping gambar untuk pihak media yang menunjukkan Macbook Pro 2016, salah satunya menunjukkan peranti touch bar OLED yang dikhabarkan selama ini. Touch bar ini bakal menggantikan butang fungsi (F1-F12). Satu lagi gambar menunjukkan peranti sama pada laptop itu menjalankan fungsi TouchID melalui pengimbas cap jari terbina padanya.

Menurut MacRumors, mereka menjumpai gambar-gambar tersebut dalam fail-fail yang mengandungi kemaskini macOS 10.12.1, sekaligus merosakkan kejutan yang bakal dilakukan Apple pada acara pelancarannya esok (atau awal pagi Jumaat 28 Oktober waktu Malaysia).

macbook-pro-20162

Kesannya, kebocoran gambar ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelancaran produk yang sememangnya ditunggu-tunggu ramai. Namun, jika difikirkan semula, setiap acara pelacaran Apple telah dihantui kebocoran maklumat dan orang ramai telah biasa dengan perkara itu.

Kini, kejutannya akan tertumpu kepada bagaimana Touch bar ini berfungsi, di mana tiada siapa yang tahu setakat ini(kecuali Apple). Berapa banyak butang bakal ia gantikan? Adakah ia boeh diserasikan dengan aplikasi pihak ketiga? Bagaimanakah TouchID berfungsi selain digunakan dalam Apple Pay?

Semuanya akan terjawab dalam acara pelancaran nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top