Komputer

Headset VR Windows 10 Lebih Murah Dari Jangkaan

Satu kelompok headset VR Windows 10 akan hadir tidak lama lagi, mengikut pengumuman Microsoft pada acara pelancarannya malam tadi dan harganya lebih murah dari jangkaan sehingga mampu menggoda anda untuk membelinya.

windows-10-vr

Headset VR Windows 10 Lebih Murah Dari Jangkaan

Headset VR Windows 10 dari rakan niaga Microsoft, HP, Dell, Lenovo, Asus dan Acer akan dijual bermula harga USD 299, iaitu jauh lebih murah berbanding Oculus Rift dan HTC Vive. Walaubagaimanapun, harga maksimum tidak diberi. Untuk perbandingan Oculus menjual produk mereka Rift pada harga USD600 manakala Vive dijual pada harga USD 700, tidak dilupakan HoloLens yang berharga USD 3000.

Tidak disebut juga tarikh pelancarannya, tetapi dengan pelancaran kemaskini Windows 10 Creators Upadate awal tahun hadapan, Microsoft menjangkakan headset VR Windows 10 akan hadir sekitar musim bunga 2017.

Walaupun butiran mengenai VR ini tidak banyak, diketahui umum bahawa headset VR ini membolehkan pengguna mengalami Windows 10 dalam VR. Adakah ia signifikan? Jika dilihat pada demonstrasi, ia sememangnya signifikan. Pengguna boleh menonton perlawanan bolasepak pada skrin besar dalam bilik maya, atau melawati satu kawasan pelancongan terkenal tanpa meninggalkan rumah anda.

Anda juga dapat melihat imej 3D yang diambil menggunakan Paint 3D, iaitu satu aplikasi yang menukarkan elemen 2D kepada 3D. Dengan aplikasi ini anda boleh melihat imej 3D seolah-olah ia merupakan obejk sebenar.

Banyak lagi butiran seperti harga dan spesifikasi yang belum lagi didedahkan oleh rakan niaga Microsoft, namun, setakat ini, banyak sebab untuk bergembira dengan berita ini.

Berikut adalah video ringkas mengenai acara pelancaran malam tadi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top