Komputer

HP Pavilion Wave: PC Dengan Sistem Bunyi 360 Darjah

HP Pavilion Wave menampilkan kelainan pada PC berbentuk silinder dengan dilengkapi sistem bunyi Hi-Fi 360 darjah.

HP Pavilion Wave (1)-970-80

HP Pavilion Wave: PC Dengan Sistem Bunyi 360 Darjah

Seperti Mac Pro, HP Pavilion Wave memanfaatkan rekabentuk 360 darjah jimat ruang untuk membina sebuah desktop yang 85% lebih kecil dari desktop tradisional. Ia berukuran 6.81 x 6.62 x 10.29 inci, menjadikannya hanya sebesar lebih kurang botol minyak masak 5kg.

Walaupun saiznya yang kecil, ia dilengkapi spesifikasi yang hebat, termasuk CPU Intel Core i& generasi ke 6, pilihan kad grafik AMD R9 M470, ruang storan 2TB HDD (dengan pilihan 128GB SSD) dan 16GB RAM DDR4.

HP Pavilion Wave (6)-650-80

Rekabentuk silinder membantu menyejukkan desktop ini dengan membahagikan ruang dalaman kepada 3 zon berasingan iaitu papan induk, ruang storan dan grafik, serta mengeluarkan haba ke arah atas. Di bawah penutupnya terdapat speaker 360 darjah yang mempunyai prestasi audio sehebat speaker dedikasi, hasil kerjasama HP dengan Bang & Olufsen.

HP Pavilion Wave (2)-650-80

Kini anda tidak perlu bimbang untuk mendapatkan sistem audio sendiri kerana HP Pavilion Wave adalah sistem bunyinya sendiri. Di samping prestasi audio yang baik, ia juga dilengkapi mikrofon berkembar yang membolehkan pengguna memberi arahan suara kepada Cortana.

Ia akan mula dijual pada 16 September pada harga USD529.

Komputer Modular

HP Elite Slice (1)-650-80

HP juga akan memperkenalkan sistem PC modular dan bertingkat ke pasaran korporat dengan HP Elite Slice. Pada dasarnya, ia merupakan sebuah pc bersaiz Mac Mini yang boleh dikonfigurasikan dengan pemproses Core i7-6700T, 32GB DDR4 RAM dan 512GB SSD. Di samping spesifikasi asas, pengguna juga boleh menyusun Slice secara bertingkat dengan modul-modul lain untuk fungsi tambahan.

HP Elite Slice (2)-650-80

Contohnya, modul audio memberikannya speaker 260 darjah Bang & Olufsen yang direka untuk membuat panggilan, manakala modul HP Optical Disc Drive memberikan pengguna pemacu DVD. Terdapat juga komponen yang lebih menarik seperti Collaboration Cover yang menambah beberapa butang sesentuh kapsitif bagi membuat pengurusan panggilan. Jika anda memerlukan pengecasan tanpa wayar Qi, terdapat juga komponen untuk fungsi tersebut.

HP Elite Slice (4)-650-80

HP Elite Slice merupakan satu cara menarik untuk mengimplementasikan PC modular. Namun ia menyambungkan komponen-komponen modular menggunakan port USB-C berbanding port khas yang biasa digunakan oleh peranti modular lain.

Ia akan dikeluarkan bulan ini dan dijual pada harga bermula USD699, manakala versi penuh Meeting Room (dengan Collaboration Cover, Modul Audio dan perisian Intel Unite) akan dijual pada harga USD 949.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top