Komputer

Imej Surface Laptop Bocor Ke Web

Microsoft nampaknya akan melancarkan sebuah Surface Laptop pada acaranya di New York esok. Pengguna Twitter bernama WalkingCat telah kongsikan imej-imej  yang dilaporkan adalah Surface Laptop dan dilihat sebagai pesaing bagi Google Chromebook Pixel.

surface laptop

Imej Surface Laptop Bocor Ke Web

Surface Laptop dilaporkan akan menggunapakai skrin 13.5 inci PixelSense  dan dikeluarkan dalam 4 warna; platinum, burgundy, cobalt blue, dan graphite gold. Ia juga menyertakan keyboard alcantara, iaitu fabrik yang sama digunapakai pada keyboard Surface Pro 4 premium. Tidak jelas pemproses apa yang akan dilengkapkan padanya dan perkakas lain yang disertakan, namun dilihat ia dilengkapi port USB biasa, mini DisplayPort dan penyambung kuasa Surface biasa. Microsoft nampaknya tidak melengkapkan laptop ini dengan port USB-C.

Laptop ini juga dilaporkan hanya seberat 2.76 paun dengan ketebalan hanya 14.47mm di bahagian paling tebal dan 9.9mm di bahagian paling nipis. Skrin laptop ini dikatakan memaparkan 3.4 juta piksel, menggambarkan ia sebuah skrin 1080p dengan aspect ration 3:2 sebesar 13.5 inci.

WalkingCat juga mendakwa laptop berkenaan akan menjalankan Windows 10 S, nama OS Microsoft yang dikhabarkan akan menjadi pesaing kepada Chrome OS. Microsoft dijangka akan memperincikan versi OS Windows 10 baharu itu dalam acara pelancarannya esok, termasuk kebolehannya menjalankan aplikasi Windows Store. Untuk butiran lanjut mengenainya, kita terpaksa menunggu sehingga acara Microsoft berlangsung, tetapi setakat ini Surface Laptop dilihat sebagai alternative premium kepada Chromebook Pixel yang menjalankan Windows 10 S.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top