Komputer

Intel Compute Card Akan Dilancarkan Ogos Ini

Dalam usahanya mewujudkan komputer yang kompak, Intel telah mengeluarkan beberapa produk seperti Intel NUC dan Compute Stick. Ini ia mengambil langkah yang lebih jauh dengan merancang untuk melancarkan Intel Compute Card Ogos ini bersama sokongan pelbagai peranti keluaran rakan niaganya.

Intel Compute Card

Intel Compute Card Akan Dilancarkan Ogos Ini

Direka sebagai CPU yang boleh ditukar-tukar untuk peranti seperti kiosk, papan iklan digital, TV pintar dan juga PC 2 dalam 1, Intel COmpute Card merupakan sebuah komputer lengkap yang cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam poket.

Peranti menakjubkan ini berukuran 55mm x 94.5mm x 5mm bukan sahaja mengandungi GPU dan ruang storan, malah turun dilengkapi pemproses Intel, 4GB RAM serta Bluetooth dan WiFi. Asalnya di pamerkan di acara CES 2017, Intel mempunyai 4 model peranti ini sedia untuk dilancarkan. Spesifikasi peranti-peranti tersebut boleh dilihat dalam jadual di bawah:

Selain itu, Intel mengumumkan rakan niaganya LG, Sharp, dan Foxconn sedang membangunkan produk yang serasi dengan Compute Card ini. LG dan Sharp masing-masing merancang mengeluarkan monitor pintar dan papan iklan digital, manakala Foxconn (di samping syarikat seperti ECS, Seneca dan NexDoc) sedang membangunkan komputer mini dan PC semua dalam satu yang boleh dinaiktaraf dengan mudah dengan menukar Compute Stick padanya.

Syarikat lain seperti Dell, Lenovo, HP dan Pasuntech juga telah diumumkan sebagai rakan niaga, namun mbelum mengumumkan produk yang bakal mereka lancarkan.

Walaubagaimanapun, sepertimana mana-mana produk inovatif, sejauh mana ia akan mendapat penerimaan konsumer masih belum dapat dipastikan. Namun, konsep yang ditampilkan amat menarik dan kami akan mengikuti perkembangannya. Harga Intel Compute Card bagaimanapun belum diumumkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top