Share

Intel Akan Melancarkan CPU Intel Haswell 3 Jun

Intel mengusik para pengguna komputer dengan mengumumkan countdown masa bagi pelancaran barisan pemproses generasi ke-empatnya, Intel Haswell yang akan dilancarkan dalam masa 3,337,200,000,000,000 nano saat iaitu bersamaan 3 Jun 2013.

intel-haswell-intro-small

Intel Akan Melancarkan CPU Intel Haswell 3 Jun

Tarikh pelancaran tersebut jatuh pada tarikh acara Computex 2013 (Jun 4 РJun 8 di Taipai, Taiwan) dan walaupun ramai telah sedia-maklum tentang pemproses ini, Intel hanya akan mengumumkan tarikh penjualannya pada acara tersebut. Dalam acara tersebut, terdapat banyak produk dan peranti seperti desktop, laptop, tablet dan lain-lain akan dilancarkan.

Pemproses Haswell direkacipta untuk kecekapan tenaga dan Intel merancang untuk meletakkannya pada segala peranti dari desktop sehinggalah ke tablet. Pembuatan 22nm Haswell didatangkan dengan 4 core dan dilihat prestasi GPUnya telah dipertikatkan secara drastik berbanding pemproses generasi sebelumnya. Namun dari segi CPU, ia kurang menyerlah berbanding yang sebelumnya, namun prestasinya harus dilihat pada produk sebenar nanti untuk mendapat pandangan sebenar.

Pemproses Intel Haswell ini dipromosikan sebagai pemproses yang memberi nafas baru kepada notebook dan dengan itu, anda sudah boleh membayangkan apa yang boleh dijangkakan daripada acara Computex 2013 nanti. Namun, lebih banyak maklumat mengenai pemproses ini dijangka hanya akan dapat diperolehi selepas pelancarannya di acara tersebut.

Leave a Comment