Komputer

Intel Mengumumkan Pemproses 18 Teras Skylake X Core i9

Setelah AMD mencuri tumpuan dengan pelancaran pemproses Ryzen 7 dan Ryzen 5 beberapa bulan ini, tiba giliran Intel pula memperkenalkan barisan pemproses terbaharunya. Di acara Computex 2017, Intel mengumumkan barisan pemproses temajunya Intel Core X-Series termasuk sebuah pemproses 18 teras Core i9.

Intel Core i9

Kredit: TechRadar

Intel Mengumumkan Pemproses 18 Teras Skylake X Core i9

Pemproses Intel Core i9 merupakan pemproses konsumer 18 teras 36 jalur pertama di pasaran yang juga menewaskan pemproses akan datang dari AMD iaitu Ryzen 9 Threadripper yang akan hadir dengan 16 teras. Menurut Intel, ia pemproses desktop pertama dengan kuasa pemprosesan menjangkau ukuran pemprosesan teraflop.

Nampaknya AMD dan Intel akan sekali lagi bersaing rapat dalam teknologi pemprosesnya. Ini tentunya baik untuk para konsumer.

Kredit: TechRadar

Nama penuhnya adalah Intel Core i9-7900X X-series dan pemproses pertama yang akan dilancarkan dengan 10 teras 20 jalur sementara model dengan 18, 16, 14 dan 12 teras akan menyusul tidak lama lagi.

Versi pemproses 10 teras itu akan mempunyai frekuensi 3.3GHz, teknologi Intel Turbo Boost Max yang meningkatkan frekuensinya kepada 4.5GHz, 13.75MB L3 cache, menyokong 4 saluran memori DDR4-2666 RAM, dan TDP 140Watt. Ia akan dijual pada harga USD999.

Pemproses 18-teras Core i9 7980XE, di samping pemproses 16-teras Core i9 7960X, 14-teras Core i9 7940X dan 12-teras Core i9 7920X akan menyusul tidak lama lagi.

Semuanya akan hadir dengan sehingga 44 lorong PCIe dan sokongan memori Intel Optane

Kredit: TechRadar

Walaupun pemproses Intel Core i9 jelas sekali mencuri tumpuan, Intel juga mendedahkan pemproses lain dalam Core X-series yang menurut Intel merupakan platform paling “boleh diskalakan, boleh diakses dan berkuasa”, menyertakan pemproses dari 4 teras sehingga 18 teras.

Pemproses Intel Core generasi ke 8 ini menawarkan 30% lebih prestasi berbanding Core generasi ke 7 sedia ada. Menurut Intel CPU ini menawarkan prestasi berbilang teras 10% lebih pantas dan prestasi teras tunggal 15% lebih pantas berbanding pemproses generasi sedia ada. Ia akan memanfaatkan cipset X299 yang menyediakan kebolehan I/O yang dipertingkatkan.

Kredit: TechRadar

Menurut Intel lagi, sektor gaming dan VR akan dapat manfaat terbesar daripada pemproses ini dan ia akan mempertingkatan penstriman bagi mereka yang ingin menayangkan permainan video mereka.

Pada acara pelancaran, Intel membuat demonstrasi sebuah PC yang dilengkapi Core X-Series yang menstrim secara langsung permainan VR di Twitch. Hasil kebolehan pemprosesan yang dipertingkatkan, pemain tersebut dapat menstrim pelbagai sudut pandangan permainan tersebut secara masa nyata, suatu tugas yang biasanya dipikul beberapa komputer berlainan.

Semua ini kelihatan sangat mengujakan. Namun pada harga USD999 (sekitar RM4,300) bagi model asas pemproses itu, harganya mungkin tidak mampu dicapai oleh konsumer biasa melainkan para gamer profesional yang menjadikan gaming sebagai kerjaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top