Gaming

Laptop Gaming Alienware 13

Alienware telah melancarkan laptop gaming Alienware 13 yang membolehkan permainan video dimainkan tanpa kompromi dari segi prestasi dengan adanya peranti “Graphics Amplifier” yang dilancarkan bersamanya.

Alienware 13 press release_version 2-578-80

Laptop Gaming Alienware 13

Alienware 13 telah dilancarkan bersama peranti Graphics Amplifier yang memberi kuasa tambahan kepada prestasi grafik laptop gaming tersebut. Graphics Amplifier ini merupakan alat pengganda prestasi grafik yang diletakkan di rumah dan apabila penguna berada di rumah, ia boleh memberikan tambahan 375Watt kuasa grafik tambahan.

Konfigurasi ini diharap dapat memberikan kompromi terbaik antara mobiliti dan presatasi.

Laptop ini dilengkapi pemproses Intel Core i5 dan kad grafik khusus Nvidia GeForce GTX 860M dengan 2GB GDDR RAM padanya. Pada ketebalan 10cm, ia adalah 40% lebih nipis berbanding model Alienware 14 sebelumnya dan ia membunyai berat sedikit melebihi 2kg. Pengguna juga mempunyai pilihan skrin dengan resolusi QHD 2560 x 1440.

Peranti Graphics Amplifier pula boleh menempatkan kad grafik saiz penuh samada berjenama AMD ataupun Nvidia serta dilengkapi 4 port USB 3.0. Ia boleh dibeli bersama laptop ini pada harga USD 299.

Laptop tersebut pula dijual bermula pada harga USD 999. Alienware juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan harga rig gaming yang dilancarkannya baru-baru ini dipanggil Area 51. Ia berbentuk segitiga dan dilengkapi pemproses Haswell E dengan enam atau lapan core. Ia dijual bermula pada harga USD 1699.

Area 51 exterior-578-80

Bagi pembeli di Amerika, mereka sudah boleh membuat pesanan dan pengubahsuaian secara atas talian namun ia hanya akan diedarkan menjelang musim cuti Krismas nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top