Komputer

Laptop Razer Blade Dikemaskini Dengan Monitor 4K

Laptop Razer Blade telah dikemaskini dengan pilihan monitor 4K dan pemproses Intel Kaby Lake. CPUnya telah dipertingkatkan dari pemproses Skylake (Core i7-6700HQ) kepada pemproses 4 teras Kaby Lake Core i7-7700HQ membawa bersamanya peningkatan prestasi dan penjimatan penggunaan tenaga.

Laptop Razer Blade Dikemaskini Dengan Monitor 4K

Laptop Razer Blade kini boleh dikonfigurasikan dengan monitor dengan resolusi 3840 x 2160 (4K) atau ia juga boleh dikonfigurasikan dengan monitor HD penuh, jika itu yang dimahukan. Satu lagi aspek laptop ini yang dipertingkatkan adalah kelajuan RAMnya. Ia telah dipertingkatkan kepada 16GB DDR4 2400MHz berbanding 2133 MHz dalam model terdahulu.

Spesifikasi baharu itu juga termasuk kad grafik diskrit GeForce GTX 1060 (6GB GDDR5 VRAM) serupa dengan model terdahulu dan pilihan ruang storan M.2 SSD 256GB, 512GB atau 1GB. Daris segi sambungan pula, ia dilengkapi Killer Wireless-AC 1535 (802.11ac Wi-Fi), sebuah port Thunderbolt 3.0 di samping 3 port USB 3.0

Razer Blade

Selain itu, laptop ini juga didatangkan dengan keyboard yang memaparkan pencahayaan Chroma yang boleh diset kepada 16.8 juta warna, kamera web 2MP, speaker stereo dan kesan bunyi Dolby Digital Plus Home Theater Edition. Beratnya juga telah diturunkan kepada 1.86kg (berbanding 1.88kg) untuk model dengan skrin HD penuh, manakala model dengan monitor 4K seberat 1.95kg. Laptop ini mengekalkan ketebalan 17.9mm.

Razor Blade akan dilancarkan untuk jualan global pada bulan Mac dengan harga bermula USD1,899. Walaubagaimanapun, model dengan skrin 4K hanya akan muncul pada suku kedua 2017, iaitu paling awal pada bulan April.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top