Mac Generasi Akan Datang Menyokong 802.11ac

Kod untuk versi beta terbaru Mac OS X 10.8.4 mengandungi penunjuk yang merujuk kepada 802.11ac, membuktikan bahawa komputer Mac generasi akan datang berkemungkinan besar akan dilengkapi teknologi WiFi terbaru itu.

802.11ac

Mac Generasi Akan Datang Menyokong 802.11ac

Mac pada masa akan datang berkemungkinan akan berupaya menyambung terus kepada rangkaian berkelajuan tinggi 802.11ac.

Menurut laman web 9to5Mac, terdapat satu baris dalam kod untuk OS X 10.8.4 beta terbaru yang mengandungi terma “802.11ac channel”. Ini merupakan kali pertama terma tersebut berada di dalam Mac OS X kerana versi sekarang, iaitu Mac OS X 10.8.3 tidak mempunyai terma tersebut dalam kodnya.

Khabar angin lepas mengatakan Apple mungkin akan menjadi pengeluar pertama yang melengkapkan teknologi 802.11ac pada produknya seperti laptop dan tablet. Apple Time Capsule, Airport Base Station dan lain-lain produk rangkaian Apple juga akan menyokong standard terbaru itu.

Terdapat laporan bahawa Apple sedang bekerjasama dengan pembuat cip Broadcom untuk mengimplimentasi teknologi baru ini.

Sebagai versi terbaru WiFi, standard 802.11ac baru pada tahap permulaan dan pengesahan pertubuhan IEEE (Institute of Electrical and Electronic Engineers). Pengesahan itu dijangka akan diperolehi menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, terdapat sesetengah pengeluar yang mula mengeluarkan peranti yang menggunapakai standard 802.11ac ini. Pengeluar seperti Trednet telahpun mengeluarkan adapter 802.11ac yang dipasang pada laptop untuk membolehkan ia menggunakan standard WiFi berkelajuan tinggi itu.

Sebagai pengganti bagi standard 802.11n dan generasi ke 5 standard WiFi, 802.11ac memberikan satu penambahan yang besar ke atas kelajuan pindahan data. Secara teori, ia boleh mencapai kadar pindahan data sepantas 1.3Gbps membolehkan ia mendapat gelaran Gigabit WiFi.

802.11ac hanya berfungsi pada frekuensi 5GHz yang tidak secekap frekuensi 2.4GHz dalam menembusi objek padu seperti dinding dan lantai. Akan tetapi, oleh kerana frekuensi itu tidak sibuk, ia kurang terdedah kepada gangguan.

Ia juga serasi dengan standard WiFi 802.11n yang bermaksud ia menyokong apa jua peranti WiFi yang dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun untuk memanafaatkan ciri-ciri yang ada pada 802.11ac, peranti tersebut perlu dilengkapi sokongan standard tersebut.

Oleh itu, dijangka Apple dan pengeluar laptop yang lain akan berusaha melengkapkan produk mereka dengan standard WiFi baru ini.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Komputer

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Tu ar... Apple memang terkenal dengan strategi memerangkap p…
  • Wira Merah: Salah satu strategi apple untuk menambahkan pengguna MacBook…
  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
 
 

Ruangan Perkenalan